fbpx
Now Reading
Rampas Jam Tangan Tema LGBTQ, Swatch Failkan Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Rampas Jam Tangan Tema LGBTQ, Swatch Failkan Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Swatch mendakwa rampasan itu tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Swatch Malaysia hari ini (17 Julai) telah menfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas 172 jam tangan jenama itu dirampas pihak berkuasa pada bulan Mei lalu.

Sebelum ini, pihak penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan ‘pelangi’, yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Amarjeet Singh akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu pada 20 Julai depan.

Swatch dakwa rampasan tidak sah, aksesori tidak ditakrifkan di bawah Akta PPPA 1984

Difahamkan, menerusi semakan kehakiman yang dikemukakan, Swatch mendakwa rampasan itu tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Sebaliknya, syarikat itu menyatakan bahawa akta tersebut lebih kepada penerbitan terhad untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak.

Foto: malaymail

Sepatutnya pegawai KDN punyai kuasa untuk masuk cawangan Swatch Malaysia

Oleh itu, Swatch berkata tak sepatutnya pegawai KDN mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya.

“Jam tangan tersebut belum ditakrifkan sebagai bahan terbitan larangan, justeru pegawai KDN tidak mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampas,” katanya dipetik FMT.

Malah, Swatch Malaysia juga mendakwa beberapa model yang dirampas sebelum ini juga telah dijual di negara ini selama lebih setahun dan tiada notis atau aduan dibuat mengenainya.

“Kita juga telah memohon supaya jam-jam itu dipulangkan kembali pada bulan lepas melalui peguam kami namun KDN tidak berbuat demikian,” katanya lagi dipetik MalaysiaGazette.

11 cawangan di serbu, 5 lagi diberi amaran oleh KDN

Terdahulu pada 13 dan 14 Mei lalu, beberapa serbuan telah dilakukan terhadap butik Swatch yang terletak di dalam pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: KDN Serbu & Rampas Jam Tangan Swatch Dikaitkan Dengan Geng “Pelangi”

Lima lagi butik telah diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

KDN dakwa jam tangan koleksi pelangi langgar Akta PPPA 1984

Mengikut saman yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, penjualan jam tangan koleksi pelangi itu didakwa melanggar Akta PPPA 1984

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr terkejut dan kecewa dengan rampasan tersebut memandangkan jenama itu sentiasa menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.

“Dalam hal ini, timbul tanda tanya adakah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan ‘merampas’ pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit,” ujarnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution kemudiannya memaklumkan jam-jam yang dirampas itu mempunyai tulisan ‘LGBTQ’ yang jelas tertera di atas permukaan jarum koleksi berkenaan.

Via FMT

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jam Tangan Swatch ‘Pride Collection’ Ada Perkataan ‘LGBTQ’ Di Permukaan Jarum – Saifuddin Nasution

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.