fbpx
Now Reading
BN Perlu Guna Tujuh Formula Untuk Menang PRN Di 6 Negeri – Ahmad Maslan

BN Perlu Guna Tujuh Formula Untuk Menang PRN Di 6 Negeri – Ahmad Maslan

Menurut Ahli MKT UMNO itu, beliau yakin BN dan PH mampu pertahankan tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang pada PRN ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti diketahui ramai, rakyat di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan akan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan 12 Ogos depan.

Susulan itu, sejak minggu lalu kebanyakan parti-parti sudah mula ‘berkempen’ dengan mengadakan ceramah PRN bagi memikat hati rakyat di negeri terbabit.

Tidak ketinggalan, Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) di bawah payung Kerajaan Perpaduan juga perlu mengatur strategi mereka bagi memenangi PRN ini.

BN perlu guna 7 formula untuk menang PRN di 6 negeri

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata BN perlu menggunakan tujuh formula untuk memastikan kemenangan di enam negeri ini.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, formula pertama yang harus digunakan adalah memastikan parti dalam keadaan kesiapsiagaan tinggi.

“Kita kena sentiasa bersiap sedia dalam pelbagai sudut, manakala formula kedua jangan pandang lekeh orang (parti) lawan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jentera BN perlu banyakkan program dan aktiviti

Menurutnya lagi, formula ketiga pula adalah setiap jentera parti perlu diingatkan supaya memperbanyak program dan aktiviti semasa berkempen bagi memastikan kemenangan calon BN.

“Formula keempat setiap jentera mestilah (digerakkan) untuk membantu, manakala formula kelima pula jangan sabotaj calon kerana (individu) dipilih itu calon terbaik,” katanya lagi.

Jentera BN perlu ada data pengundi dan jaga emosi dengan baik

Jelas Ahmad Maslan lagi, bagi formula keenam dan ketujuh pula, setiap jentera parti juga perlu mempunyai data pengundi serta menjaga emosi mereka dengan baik.

“Jika semua formula ini diikuti, Insya-Allah kita mampu menang dalam PRN di enam negeri ini,” kata Ahmad Maslan.

Kata Ahmad Maslan, beliau yakin bahawa BN dan PH mampu mempertahankan tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Ahmad Maslan letak harapan BN menang di Kedah, Kelantan, dan Terengganu

Berkongsi lanjut, Ahmad Masalah turut tidak ketinggalan meletakkan harapan kepada negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Kelantan sudah 33 tahun diperintah parti sama dan PRN kali ini kita menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Rakyat Kelantan ramai di Lembah Klang ini dan apabila mereka balik (mengundi) sokonglah Kerajaan Perpaduan kali ini, begitu juga di Terengganu dan Kedah,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.