fbpx
Now Reading
Suri Rumah Kerugian RM64,000 Ditipu ‘Skim Pelaburan Artificial Intelligence’

Suri Rumah Kerugian RM64,000 Ditipu ‘Skim Pelaburan Artificial Intelligence’

Dia tertarik dengan skim pelaburan palsu tersebut selepas ‘disogok’ kononnya ia menggunakan teknologi AI.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang suri rumah yang berusia 61 tahun mengalami kerugian akibat ditipu satu skim pelaburan yang kononnya menggunakan Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan.

Dia dikatakan terlibat dengan skim pelaburan dalam talian itu setelah dijanjikan dengan pulangan tinggi yang melibatkan penggunaan AI.

Ada Pengalaman Pelaburan, Sertai Setelah Buat Pemerhatian

Mangsa yang dikenali sebagai Tan mendakwa dia berminat untuk menyertai skim pelaburan itu setelah membuat pemerhatian selama beberapa bulan sejak Mac lalu.

Malah, pengalaman dalam pelaburan sebelum ini mendorong dia untuk menyertai pelaburan dalam talian ini.

“Saya mempunyai pengalaman pelaburan sebelum ini. Saya belajar mengenai skim pelaburan ini melalui Facebook dan tanpa sedar saya telah muat turun aplikasi itu,’” katanya.

Penggunaan teknologi AI dalam pelaburan juga menarik minatnya untuk menyertai skim pelaburan palsu tersebut.

“Saya berminat untuk mencuba kerana aplikasi ini mendakwa memberikan maklumat yang tepat serta menggunakan AI sebagai sumber maklumat berkaitan portfolio saham dan pelaburan,” katanya lagi.

Pulangan RM700 Dengan Hanya Tanda Tangan Kehadiran

Mangsa juga mendakwa seorang individu yang mengaku agen pelaburan berkenaan menjanjikan pulangan sebanyak RM700 dengan hanya menandatangani kehadiran di aplikasi itu.

“Dalam masa tiga bulan, saya perlu tanda tangan kehadiran dan dijanjikan dengan pulangan RM732. Walau bagaimanapun, saya perlu mengemukakan beberapa maklumat sebelum mendaftar ke aplikasi tersebut,” ujarnya.

Agen Cuba Pujuk Sertai Skim Pelaburan Secara Serius

Tan juga mendakwa, ‘agen skim pelaburan’ berkenaan turut memujuknya untuk menyertai pelaburan dengan lebih serius di mana dia dijanjikan dengan pulangan RM70,000 sekiranya melabur sebanyak RM50,000.

Percaya dengan testimoni kejayaan pelaburan yang ditunjukkan menyebabkan dia menggunakan wang simpanannya bagi menyertai skim tersebut.

“Saya melaburkan duit daripada 23 Mei sehingga 12 Julai dengan jumlah RM2,000 dan RM7,000 bagi setiap transaksi yang kini mencecah RM64,000,” ujarnya.

Malah, dia berasa menyesal kerana tersedar bahawa dia telah mendepositkan duit ke akaun yang berbeza setiap kali transaksi.

Kesemua maklumat peribadi dan pelaburannya juga dikatakan ‘hilang’ daripada aplikasi tersebut selepas transaksi dilakukan.

Baginya, dia kini tertekan dan sedih kerana kesemua duit simpanan yang sepatutnya digunakan untuk hari tua dan ‘duit keranda’ bagi kegunaan hari pengebumiannya telah habis.

Foto: The Star

Akaun Bank Syarikat Pelaburan Mempunyai 14 Laporan Polis

Memetik The Star, hasil semakan di laman rasmi https://semakmule.rmp.gov.my/ menunjukkan syarikat pelaburan ini mempunyai status ‘amaran’ serta mempunyai enam laporan polis.

Malah, hasil semakan ke atas nombor akaun lain yang turut digunakan dalam pelaburan ini turut menunjukkan status yang sama dan terdapat lapan laporan polis dibuat ke atas akaun ini.

Scammer Sasar Warga Emas, Guna Teknologi Sebagai Taktik Tarik Pelabur

Pada masa yang sama, menurut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Kluang, Joan Ng, warga emas menjadi sasaran sindiket pelaburan terbaharu ini dengan menggunakan teknologi sebagai taktik baru untuk menarik minat pelabur.

“Mereka menggunakan ‘buzzwords’ seperti AI dan ChatGPT serta beroperasi secara kumpulan bagi mendapatkan mangsa,” kata NG.

Ekoran daripada kejadian ini, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengingatkan kepada orang ramai agar membuat semakan terhadap kesahihan akaun bank sebelum melakukan transaksi.

“Jangan terpedaya dengan iklan dalam talian yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal,” kata beliau.

Malah, beliau turut meminta orang ramai terutamanya mangsa penipuan untuk menghubungi polis Johor di talian 07-221 2999 atau boleh datang ke balai berdekatan bagi mengemukakan maklumat dan membuat laporan.

Baca Artikel Berkaitan: Konon Culik Anak & Minta Wang Tebusan, Hati-Hati! Ini Taktik Baru Geng Scammer [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis JSJK Kongsi Cara Elak Ditipu ‘Scammer’ Hantar Kad Kahwin Digital [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.