fbpx
Now Reading
Tak Puas Hati Disaman Polis, Model Berang & Keluarkan Kata-Kata Kesat

Tak Puas Hati Disaman Polis, Model Berang & Keluarkan Kata-Kata Kesat

Menurut PDRM, video memaparkan tindakan model berkenaan membuat provokasi dan menjerit mengeluarkan kata-kata kesat tular di TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat tidak puas hati disaman oleh pihak polis kerana memandu menggunakan alat komunikasi serta tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu, seorang model wanita berang hingga mengeluarkan kata-kata kesat.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

Tular video di TikTok model buat provokasi dan jerit keluar kata-kata kesat

Menurut Ketua Polis Daerah Briekfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor perkara itu disedari polis menerusi satu video di TikTok menunjukkan tindakan model berkenaan membuat provokasi serta menjerit kata-kata tidak sopan terhadap dua anggotanya yang ketika itu sedang menjalankan tugas.

Menerusi siasatan terhadapnya mendapati, wanita itu tidak berpuas hati terhadap saman tersebut.

Kes disiasat di bawah 3 Seksyen undang-undang

“Kejadian provokasi terbabit dikatakan berlaku pada 3.40 petang Isnin (24 Julai) lalu dan sehingga kini, video terbabit masih boleh diakses serta mempunyai 274 perkongsian di Facebook dan 5,414 perkongsian di Tiktok dan dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugasnya, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau tampil di mana-mana balai berhampiran.

Rakam video sambil maki polis

Terdahulu tular di media sosial video memperlihatkan model ini memaki hamun beberapa anggota polis termasuk polis trafik gara-gara tidak berpuas hati dikenakan saman.

Dia yang dipercayai menaiki sebuah Myvi berwarna oren turut memegang telefon bimbitnya dipercayai untuk tujuan rakaman semasa memarahi anggota polis bertugas.

Rata-rata netizen dilihat mengecam perbuatannya dan mahu pihak berkuasa segera menjalankan siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.