fbpx
Now Reading
Bawa Sepanduk Tunjuk Perasaan, Menteri Agama Dedah Tindakan Promosi LGBTQ Tak Diterima Di Negara Ini

Bawa Sepanduk Tunjuk Perasaan, Menteri Agama Dedah Tindakan Promosi LGBTQ Tak Diterima Di Negara Ini

Menerusi video yang tular, kelihatan beberapa lelaki memegang sepanduk dengan pelbagai mesej di hadapan Sogo, Kuala Lumpur sebelum ditahan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, TRP ada melaporkan berhubung satu video tular di media sosial memaparkan sekumpulan penunjuk perasaan bertindak membawa sepanduk untuk menunjuk sokongan mereka kepada golongan lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBTQ) serta ajaran Ahmadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Menerusi video tular itu, kelihatan pelbagai sepanduk berserta mesej yang ditunjukkan antaranya adalah tiada siapa mempunyai hak untuk menilai sesiapa kecuali tuhan, mempunyai hubungan sejenis antara lelaki bukan satu jenayah serta banyak lagi.

Perkara itu kemudian mendapat perhatian ramai yang bimbang dengan gerakan golongan terbabit.

Baca artikel berkaitan: Kumpulan Penunjuk Perasaan ‘LGBTQ’ Berarak Di Depan SOGO Ditahan

Usaha untuk promosi cara hidup LGBTQ bertentangan dengan Islam

Ekoran itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Mohd.Na’im Mokhtar memaklumkan usaha untuk mempromosi dan menormalisasikan cara hidup golongan itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah perkara itu tidak boleh diterima di negara ini.

Tak akan kompromi dengan kelakuan bertentangan Islam

Oleh itu, setiap langkah untuk menyekat dari fahaman ini terus disebarkan kepada masyarakat hendaklah dibuat secara bersungguh-sungguh serta bersepadu.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Selaku pihak berkuasa agama Islam di Wilayah Persekutuan, Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” ujarnya dipetik Kosmo.

Jelasnya lagi, pihaknya turut memberi peringatan kepada umat Islam di negara ini untuk berpegang kuat kepada ajaran agama Islam dan menghindari diri dari terbabit dengan ajaran mahupun fahaman yang bertentangan dengan akidah, syariat serta akhlak Islam.

Zahirkan terima kasih kepada PDRM siasat kes

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil tindakan untuk melakukan siasatan berhubung kes terbabit.

Pada 31 Julai polis turut memaklumkan seramai lapan lelaki yang terlibat dengan tunjuk perasaan di hadapan pusat beli-belah itu telah dicekup.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menjelaskan mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 56 tahun ditahan pada hari sama kejadian berlaku.

Ahmadi Religion of Peace and Light adalah komuniti yang wujud tahun 1999

Untuk makluman ajaran Ahmadi atau Ahmadi Religion of Peace and Light tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Muslim Ahmadiyya yang terletak di Paskistan sebaliknya ia satu komuniti keagamaan minoriti yang wujud pada tahun 1999.

Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sebuah pertubuhan yang dikenali satu dunia dan agama ini telah dianuti lebih daripada 30 negara di seluruh dunia selain mempunyai ribuan pengikut di Instagram dan Facebook.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.