Tak Perlu Buat Kelas 2 Kali, Satu Ujian Teori Sahaja Untuk Lesen Motosikal & Kereta Bermula 15 September
Menurut Anthony Loke, namun syarat kelayakan umur bagi motosikal kekal pada usia 16 tahun ke atas dan bagi kereta pula pada usia 17 tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika sebelum ini, individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal secara berasingan harus menjalani dua kelas teori berbeza pada waktu yang berlainan.
Meskipun ramai yang sudah terbiasa, proses ini diakui agak merumitkan memandangkan setiap kelas itu mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam untuk diduduki.
Lesen kereta dan motosikal hanya perlu ambil satu ujian teori
Terkini, mereka yang ingin mengambil kedua-dua jenis lesen memandu motosikal atau kereta tidak lagi perlu berbuat demikian dan hanya perlu menduduki satu ujian teori sahaja.
Peraturan baharu itu yang akan mula berkuatkasa pada 15 September ini dijangka akan memberi manfaat kepada orang ramai.
Selain itu, langkah yang diambil itu juga dapat memberi penjimatan sebanyak RM100 kepada orang ramai.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, mengikut peraturan sedia ada, sesiapa yang ingin memperoleh lesen motosikal dan lesen kereta secara berasingan perlu menduduki dua ujian teori.
Peraturan baharu dapat mudahkan orang ramai terutamanya golongan muda
Menurutnya, peraturan baharu mengenai bahagian pembelajaran iaitu Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) itu dapat memudahkan orang ramai mengambil lesen memandu terutamanya golongan muda.
“Berkuat kuasa 15 September 2023, mana-mana individu yang pada masa ini mempunyai sama ada Lesen Memandu Malaysia kelas motosikal atau motokar dan berhasratkan Lesen Memandu Malaysia dalam kelas yang berbeza, dikecualikan daripada menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01.
“Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu motokar,” katanya dipetik Harian Metro semalam (2 Ogos).
Hanya perlu perbaharui LDL dan daftar di sekolah memandu
Menurutnya lagi, individu yang ingin mengambil lesen seterusnya hanya perlu memperbaharui semula Lesen Belajar Memandu (LDL) selain perlu mendaftar di sekolah memandu untuk melengkapkan latihan serta ujian KPP02 dan KPP03.
Jelas Ahli Parlimen Seremban itu lagi, syarat kelayakan umur bagi motosikal kekal pada usia 16 tahun ke atas dan bagi kereta pula pada usia 17 tahun.
“Kementerian menjangka dengan pelaksanaan dasar baharu ini, ia dapat membantu menjimatkan kos pengambilan Lesen Memandu Malaysia sebanyak RM100,” katanya lagi.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Teruja Anak Ambil Lesen Memandu, Siap Ikut & Intip Ketika Ujian JPJ [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: