fbpx
Now Reading
Isu Kuota Universiti : Anwar Ibrahim Sangkal Dakwaan ‘Buli’ Pelajar – “Saya Terang Seperti Bapa” [Video]

Isu Kuota Universiti : Anwar Ibrahim Sangkal Dakwaan ‘Buli’ Pelajar – “Saya Terang Seperti Bapa” [Video]

Menerusi soal jawab yang berlansung di Pulau Pinang antara pelajar berkenaan dengan Anwar Ibrahim, beliau menjelaskan perkara itu perlu dilihat dalam konteks sejarah dan sosial kontrak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (6 Ogos), tular satu video di media sosial memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjawab soalan dari seorang pelajar Kolej Matrikulasi di Pulau Pinang mengenai sistem kuota untuk kemasukan ke universiti awam.

Menerusi video berkenaan, pelajar wanita itu bertanya bilakah sistem kuota akan digantikan dengan sistem meritokarasi.

Kata pelajar itu dia serta rakan lain terkesan dengan sistem kuota berkenaan disebabkan mereka tidak mempunyai status bumiputera.

Perlu lihat pada konteks sejarah dan sosial kontrak

Anwar Ibrahim kemudian berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai aspek termasuk sudut sejarah serta kontrak sosial.

Jelas Anwar jika pemansuhan sistem kuota itu dilakukan ia boleh menyebabkan Kerajaan Perpaduan (PH-BN) kalah pada pilihan raya dan pelajar itu lebih menderita di negara ini.

“(Negara akan) diperintah oleh PAS dan Bersatu, kena faham kerana ia penting. Tapi, janganlah umpanya nak suruh batal sistem kuota ini. Akan berlaku pergolakan dalam negara.. ini persefahaman dibuat sejak sekian lama,” jelasnya dengan nada tegas, dipetik FMT.

Anwar dalam pada itu turut berkata, meritokarasi bukanlah satu sistem yang baik. Ini kerana, ia perlu mengambil kira kekurangan serta prestasi sekolah yang berada di luar bandar dan pedalaman.

Antaranya adalah seperti sekolah yang terletak di Kapit, Sarawak yang mempunyai mutu yang sangat rendah manakala Ulu Tembeling, Pahang di mana pelajar belajar tanpa kemudahan asas.

Anwar tampil tempelak dakwaan wujud unsur ‘buli’

Video itu kemudian tular di media sosial dan menjadi perhatian ramai serta menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pengguna.

Ada yang mendakwa terdapat unsur ‘buli’ kepada pelajar berkenaan semasa sesi soal jawab itu berlangsung.

Sudah jadi tanggungjawab untuk beri penjelasan

Ahli Parlimen Tambun itu kemudian tampil memberitahu ia sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan kepada pelajar wanita itu.

“Saya tiada masalah orang kata budak ini tak patut tanya begitu, Anwar jawab kasar, tanggungjawab saya kan ‘bapa’ mesti terang kepada dia.

“Dia ada hadapi masalah dan nak minta penjelasan jadi tanggungjawab saya beritahu untuk penyelesaian tapi jangan rombak prinsip Pelembagaan, persefahaman,” ucapnya kerana tidak mahu berlaku perbalahan, lapor FMT.

Kata beliau lagi, sistem kuota juga memberi peluang kepada bangsa lain disebabkan rayuan boleh dibuat sekiranya pelajar itu sememangnya layak dan mereka akan dirujuk kepada Kementerian Pendidikan.

Sistem Meritokrasi ini merupakan satu sistem berdasarkan kebolehan kecerdasan dan merit yang diperolehi oleh seseorang individu menerusi peperiksaan keinstitusian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.