fbpx
Now Reading
‘Dia Tikam Belakang, Dia Pecat Saya’- Azmin Nafi Dakwaan Jadi Pengkhianat PKR [Video]

‘Dia Tikam Belakang, Dia Pecat Saya’- Azmin Nafi Dakwaan Jadi Pengkhianat PKR [Video]

Menurut Azmin Ali, haknya dinafikan dalam banyak perkara termasuk ketika Pakatan Harapan (PH) berjaya mentadbir Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik di antara ahli politik bukanlah isu yang asing di negara ini. Sejak dari dahulu lagi, rakyat sering disajikan dengan pelbagai drama politik yang kadang kala memberikan impak negatif kepada rakyat.

Lazimnya, antara punca yang menyebabkan perkara ini terjadi adalah kerana tiada persefahaman antara individu walaupun hubungan di antara mereka telah lama terjalin.

Malah, masing-masing dilihat saling mempertahankan diri dan prinsip yang dirasakan betul dan dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Namun, ada juga yang mendakwa dikhianati atau ditikam oleh pemimpin lain gara-gara berlainan prinsip dan pegangan.

Azmin Ali Nafi Lompat Parti, Dakwa Ditikam

Terbaharu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menafikan dakwaan setengah pihak yang menganggap dia sebagai pengkhianat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dakwaan itu dibuat oleh beliau ketika wawancara Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pada malam tadi (8 Ogos).

Sebaliknya, Azmin mendakwa beliau ‘ditikam’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipecat dari parti itu.

“Saya dilantik oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad), bukan Anwar. Sekali lagi, ini bukti yang menunjukkan dia tidak mahu saya lebih berjaya daripada dia.

“Dia tikam belakang saya. Dia pecat saya. Saya tidak pernah lompat parti. Ini rekod yang saya nak pertahankan. Tidak benar kalau ada laporan (yang berbunyi) ‘semenjak Azmin meninggalkan Keadilan’.

“Apa sebab saya tinggalkan parti, walhal dua pertiga kumpulan saya menang dalam pemilihan parti? Tetapi, oleh kerana Keadilan cukup tidak demokratik, tidak boleh menegur Presiden, maka kami dipecat,” jelas beliau.

Dinafikan Hak & Tidak Menyandang Apa-Apa Jawatan

Tambah beliau lagi, haknya dinafikan dalam banyak perkara termasuk ketika Pakatan Harapan (PH) berjaya mentadbir Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018.

Malah, beliau juga mendakwa tidak pernah disenaraikan bagi menyandang apa-apa jawatan sedangkan beliau merupakan timbalan presiden dan ahli paling lama dalam parti.

Untuk info, Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan untuk memecat Azmin daripada parti pada Februari 2020.

Keputusan ini dibuat susulan daripada tindakan Azmin pada ketika itu yang dianggap sebagai ‘satu pengkhianatan terbuka’ dan menjejaskan kestabilan PH.

Baca Artikel Berkaitan: 11 Ahli Parlimen PKR Termasuk Azmin Keluar Parti, Bentuk Blok Bebas Di Parlimen

Baca Artikel Berkaitan: PRU15: Anwar Beri Bayangan, MB Selangor Akan Lawan Azmin Di Gombak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.