fbpx
Now Reading
Individu Jual Atau Miliki Jam Tangan LGBTQ Swatch Boleh Dipenjara Tiga Tahun

Individu Jual Atau Miliki Jam Tangan LGBTQ Swatch Boleh Dipenjara Tiga Tahun

Menurut KDN, selain penjara 3 tahun individu yang didapati bersalah juga boleh didenda tidak melebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini (10 Ogos) mengeluarkan perintah larangan kepada penerbitan berkaitan lesbian, gay biseksual, transgender ‘queer’ dan ‘plus’ (LGBTQ+) pada jam jenama Swatch.

Perintah melalui warta Kerajaan itu turut melibatkan larangan penerbitan yang sama pada apa-apa koleksi Swatch termasuk pembalut, aksesori, kotak dan yang berkaitan.

“Pewartaan perintah larangan ini adalah selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

“Ia menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan terbabit adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

KDN komited dalam mencegah penyebaran unsur yang memudaratkan moral

Jelas KDN, kerajaan komited dalam mencegah penyebaran unsur seperti LGBTQ+ ini yang mampu memudaratkan moral, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat.

Kementerian dalam masa sama mengingatkan individu yang melanggar perintah tersebut boleh berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hukuman dikenakan mengikut Seksyen 8(2) Akta Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012

Hukuman terbabit dikenakan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

“Kesalahan itu termasuk mengeluar, mengelilingi, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu dan apa-apa hasil penerbitan larangan,” katanya lagi.

Jenama Swatch mula tular di Facebook

Terdahulu jenama Swatch tular di media sosial selepas seorang pengguna Facebook berkongsi foto beberapa koleksi jam tangannya yang bertemakan pelangi.

Ianya rentetan dari bantahan segelintir pihak berhubungan penganjuran konsert kumpulan muzik antarabangsa, Coldplay yang bakal berlangsung pada November tahun ini.

“Tak payah tunggu Coldplay. Siapa pakai jam Swatch tu boleh buang sekarang!” tulisnya di Facebook.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.