fbpx

Remaja Parah Perut Tertusuk Batang Buluh Selepas Rempuh 4X4 Parkir Tepi Jalan

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang trak pikap jenis Nissan Frontier yang dipenuhi dengan muatan buluh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja mengalami detik yang menyeksakan apabila sebatang buluh tembus ke perutnya selepas motosikal yang ditunggang merempuh sebuah trak pikap yang membawa muatan buluh diparkir di tepi jalan.

Kejadian ngeri itu berlaku di Kilometer 29, Jalan Gua Musang – Jeli di Jambatan Pulau Setelu, Gua Musang Kelantan kira-kira jam 9.30 malam semalam (15 Ogos).

Buluh Sepanjang Dua Meter, Trak Pikap Penuh Muatan Buluh Diletakkan Tepi Jambatan

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 13 tahun hendak pergi memancing di sebuah sungai dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang trak pikap jenis Nissan Frontier yang dipenuhi dengan muatan buluh.

Trak pikap itu juga dikatakan diparkir tepi jalan atas jambatan tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan sebatang buluh berukuran dua meter tertusuk menembusi perut mangsa.

“Remaja itu dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang di sini untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai,” kata beliau.

Foto: Media Sosial

Saran Pengguna Berhati-Hati Di Jalan Raya

Tambah beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan bertimbang rasa. Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Pada masa yang sama, Choon Foo turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat yang secukupnya kepada pengguna lain.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.