
“Haram Sebar Video Atau Gambar Mangsa Rentung” – Dr Zulkifli Al-Bakri
Selain Dr Zulkifli, MCMC juga menegaskan mana-mana individu yang menyebarkan video atau gambar mangsa tragedi boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan haram untuk seseorang individu menyebarkan video atau gambar mangsa rentung dalam suatu tragedi.
“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” kata Dr Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.
Kenyataan itu diberikan oleh beliau susulan seorang pengguna Twitter meminta pandangan serta nasihatnya berhubung isu penularan gambar dan video salah seorang mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di bandar Elmina, Shah Alam.
Sabda Nabi Muhammad SAW dalam Riwayat Muslim (2564)
Jawapan yang dikemukan oleh Dr Zulkifli itu turut disertakan dengan Sabda Nabi Muhammad SAW dalam Riwayat Muslim (2564).
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
“Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya.”
Riwayat Muslim (2564)
Dr Zulkifli konsisten dalam melarang penyebaran gambar atau video mayat mangsa
Berkongsi lanjut, Dr Zulkifli menjelaskan bahawa beliau konsisten sejak dahulu lagi dalam melarang menyebaran gambar dan video seumpama itu tanpa mengira latar belakang.
“Saya juga yakin, ramai lagi larang. Cuma mungkin tak ada dalam ‘circle’ kita. Apa yang penting elakkan kebiasaan menularan gambar dan video sebegitu,” katanya.
Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya. Sabda Nabi S.A.W:
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 17, 2023
كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
Maksudnya: “Hak setiap Muslim ke atas muslim… https://t.co/vU05YPGI85
MCMC ingatkan tentang kepentingan menghormati dan tunjuk empati
Selain Dr Zulkifli, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi terhadap ahli keluarga mangsa.
Jelasnya, ia adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi.
“Berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas.
“Adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (18 Ogos).
Ujarnya lagi, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menyebarkan gambar atau video berkenaan.
KENYATAAN MEDIA
— MCMC (@MCMC_RASMI) August 18, 2023
HORMATI MANGSA TRAGEDI DAN KELUARGA: JANGAN SEBAR ATAU KONGSI VISUAL SERTA GAMBAR MANGSA INSIDEN PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA#MCMC pic.twitter.com/Cik8mrCxkl
Pesawat Beechcraft 320 (Premier 1) terhempas di bandar Elmina semalam
Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft 320 (Premier 1) dengan membawa lapan orang penumpang termasuk dua juruterbang terhempas di bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Gutherie pada petang Khamis (17 Ogos).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Datuk Seri Johari Harun juga disahkan terkorban dalam insiden itu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Ringan Bawa 8 Penumpang Terhempas Di Elmina, Adun Pahang Antara Korban [Video]
Selain lapan penumpang di dalam pesawat, turut terkorban adalah dua orang pengguna jalan raya di kawasan tersebut.
Ramai kongsi gambar dan video nahas kejadian di media sosial
Video-video serta beberapa gambar selepas nahas tersebut berlaku turut dikongsikan orang ramai di dalam media sosial.
Lebih menyayat hati, beberapa video mayat mangsa penunggang motosikal yang rentung dalam nahas itu turut tersebar luas di media sosial terutamanya di aplikasi perbualan WhatsApp.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Pesawat Terhempas di Elmina Kali Kedua Selepas Tempoh 46 Tahun
BACA ARTIKEL BERKAITAN: