fbpx
Now Reading
LHDN Wajibkan Penggunaan Sistem e-Perkhidmatan Percukaian Mulai 1 September

LHDN Wajibkan Penggunaan Sistem e-Perkhidmatan Percukaian Mulai 1 September

Menurut LHDN, pelaksanaan secara berperingkat ini merangkumi kesemua perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan melalui gerbang portal MyTax.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula 1 September 2023, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mewajibkan pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan Percukaian secara berperingkat.

Langkah ini adalah sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian.

Malah, ia juga bertujuan untuk memberikan akses kemudahan yang selamat dan pantas serta memudahkan urusan individu ketika proses pembayaran cukai.

Perkhidmatan Diwajibkan Kesemua Percukaian Dalam Portal MyTax

Pelaksanaan ini merangkumi kesemua perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan melalui gerbang portal MyTax.

“Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan menerusi dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir, End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya dijangka pada 1 Januari 2024.

“Ia juga adalah satu daripada usaha kami dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S) di semua Kaunter Perkhidmatan LHDN,” kata LHDN menerusi satu kenyataan.

Tambah LHDN, kesemua pembayar cukai digalakkan untuk beralih ke perkhidmatan E2E dalam semua transaksi.

Ini termasuk kaedah-kaedah pembayaran dalam talian yang telah disediakan khusus buat pembayar cukai untuk membuat bayaran bagi memastikan transaksi yang direkodkan adalah selamat dan teratur.

Antara e-Perkhidmatan yang diwajibkan penggunaannya secara berperingkat adalah:

  • Pendaftaran nombor pengenalan cukai (TIN)
  • Permohonan nombor pin
  • Pengemaskinian maklumat
  • Pengemukaan borang nyata, dokumen percukaian dan surat cara
  • Bayaran pendahuluan
  • Permohonan dan rayuan

Bagi mendapatkan info lanjut berhubung perkara e-Perkhidmatan, pengguna boleh melayari pautan https://www.hasil.gov.my/e-perkhidmatan/. Manakala panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh didapati melalui Portal MyTax.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public,” katanya.

Kenyataan Media HASiL LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) MEWAJIBKAN PENGGUNAAN E-PERKHIDMATAN PERCUKAIAN SECARA BERPERINGKAT BERMULA 1 SEPTEMBER 2023 22 Ogos 2023

Posted by Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia on Monday, 21 August 2023

Baca Artikel Berkaitan: LHDN Tak Dibenar Akses & Periksa Akaun Pelanggan Firma Guaman – Mahkamah Persekutuan

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Memerhati” – LHDN ‘Ingatkan’ Influencer & TikTokers Untuk Tampil Laporkan Pendapatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.