fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Perempuan Umur 9 Tahun Maut Tercekik Rambutan

Kanak-Kanak Perempuan Umur 9 Tahun Maut Tercekik Rambutan

Doktor dari Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran telah mengeluarkan buah rambutan tersebut daripada mulut mangsa sebelum jenazah dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rambutan atau nama saintifiknya Nephelium lappaceum merupakan buah tempatan yang kaya dengan vitamin C.

Buah tempatan ini nyata mempunyai peminatnya yang tersendiri baik dari kanak-kanak hingga ke dewasa ekoran daripada rasanya yang manis.

Namun, sebagai manusia, kita perlu menikmati buah ini dengan berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan individu itu tercekik malah lebih parah boleh menyebabkan kematian.

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Tercekik Buah Rambutan

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di Kampung Sungai Ling Maran, Pahang apabila dia maut selepas tercekik buah rambutan pada 21 Ogos.

Menurut Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman, mangsa yang dikenali sebagai Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.00 malam di Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran.

Doktor di klinik kesihatan tersebut telah mengeluarkan buah rambutan tersebut daripada mulut mangsa sebelum jenazah dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Punca Kematian Akibat Salur Nafas Tersumbat

Hasil bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada salur nafas yang tersumbat disebabkan sesuatu objek.

Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. Jenazah mangsa yang merupakan murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pagi semalam (22 Ogos).

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.