fbpx
Now Reading
Penyokong Penang & Kedah Bergaduh Luar Stadium Selepas Tamat Perlawanan [Video]

Penyokong Penang & Kedah Bergaduh Luar Stadium Selepas Tamat Perlawanan [Video]

Dalam video tular itu, kelihatan kumpulan penyokong kedua-dua kelab yang dipercayai terdiri dari geng ‘casual’ bergaduh di sebuah stesen minyak berhampiran Stadium Bandaraya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi, tular beberapa video di media sosial memaparkan kumpulan penyokong Penang FC dan Kedah FC yang bergaduh selepas tamat perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan itu di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, semalam (22 Ogos).

Menerusi video tersebut, kelihatan kumpulan penyokong yang dipercayai terdiri dari geng ‘casual’ bergaduh di luar perkarangan stadium berkenaan berhampiran sebuah stesen minyak dan ia telah dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan tersebut.

Turut kelihatan beberapa anggota polis yang cuba menenangkan keadaan sebelum sebahagian penyokong beredar dari lokasi terbabit.

Difahamkan pergaduhan tercetus ekoran pengadil batal gol kedua Penang FC

Dalam satu lagi video berbeza turut menunjukkan berlaku provokasi antara kumpulan terbabit sebelum ia akhirnya menjadi pergaduhan.

Difahamkan, insiden itu berlaku ekoran dari keputusan pengadil membatalkan gol kedua yang dijaringkan oleh kapten Penang FC, Rafael Vitor pada minit ke-66 selepas berlakunya kekasaran dalam kotak penalti, lapor Kosmo.

Keputusan tersebut menyebabkan berlakunya ketegangan antara penyokong pasukan tersebut.

Pemain pertahanan Penang FC dibuang padang, Kedah FC berjaya tewaskan tuan rumah 2-1

Dalam perlawanan itu pemain pertahanan iaitu Muhammad Adib Abdul Ra’ap turut dibuang padang pada minit pada minit ke-76. selepas menerima kad kuning yang kedua.

Perlawan ini berakhir dengan Kedah FC menundukkan tuan rumah (Penang FC) dengan jaringan sebanyak 2-1.

Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan berhubung insiden pergaduhan yang tular di media sosial dipercayai melibatkan penyokong dari kumpulan Perak FC serta ‘casual’ Penang selepas tamat perlawanan keenam Liga Super di lokasi sama pada 1 April yang lalu.

Susulan kejadian pergaduhan itu, pihak polis kemudian menahan tiga individu warga tempatan yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.