Kukuh Kedudukan Dalam Industri Automotif, Sime Darby Beli 61.2% Saham UMW Bernilai RM3.57 Bilion
Pembelian yang disifatkan sebagai perjanjian penggabungan dan terbesar itu merupakan antara langkah dalam menjadikan Sime Darby sebagai pemain automotif terkemuka di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Sime Darby Sdn Bhd merupakan syarikat konglomerat yang bertapak kukuh di Malaysia dan terlibat dengan pelbagai industri antaranya seperti sektor perladangan, hartanah, hospitaliti dan automotif.
Bagi meningkat dan memperkukuhkan kedudukan syarikat terutamanya dalam industri automotif, Sime Darby Sdn Bhd hari ini (23 Ogos) mengumumkan pembelian 61.2% saham milik UMW Holdings Bhd dari Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Pembelian saham kepentingan ini dibeli dengan harga RM3.57 bilion dan dibayar secara tunai.
Langkah Transformasi Sime Darby Sebagai Pemain Automotif Terkemuka
Pembelian yang disifatkan sebagai perjanjian penggabungan dan terbesar itu merupakan antara langkah dalam menjadikan Sime Darby sebagai pemain automotif terkemuka di Malaysia.
Malah, ia membantu syarikat meningkatkan saiz operasi serta mengatasi sebarang isu berkaitan geopolitik khususnya di pasaran utama seperti China dan Australia.
Ini dapat dilihat melalui penambahan dua jenama pasaran yang mempunyai volum tinggi iaitu Toyota dan Perodua yang menguasai 60% daripada jumlah keseluruhan industri automotif tempatan.
Pembelian saham ini juga dilihat melengkapkan portfolio premium mewah sedia ada yang dimiliki oleh Sime Darby iaitu BMW, Rolls-Royce dan Porsche.
Jangka Penawaran Profil Yang Stabil
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson, sumbangan perolehan yang akan diperoleh mengikut negara akan menjadi 30:30:30 berbanding 15:37:35. Ini membolehkan profil lebih stabil dapat ditawarkan.
“UMW sudah pun menjadi pemain automotif yang dominan dengan menguasai 52% bahagian pasaran tempatan, dan langkah pembelian itu dijangka menjadikannya sehingga 55%.
“Entiti yang diperbesarkan itu akan mencipta nilai lebih besar untuk semua pemegang kepentingan kami dan membolehkan kami sebagai syarikat multinasional Malaysia melaksanakan peranan lebih baik dalam mengembangkan industri automotif negara,” kata beliau yang dipetik dari Bernama.
Beri Keuntungan Tambahan Kepada Pemegang Saham Sime Darby
Tambah Jeffri, satu mesyuarat agung bersama pemegang saham akan diadakan pada November 2023 susulan perjanjian penjualan saham (SPA) bersyarat yang telah ditandatangani bersama PNB pada hari ini (24 Ogos).
Bagi beliau, pembelian yang berjumlah RM3.75 bilion dengan kadar RM5 sesaham mengikut SPA itu disifatkan sebagai keuntungan tambahan dan dijangka akan memanfaatkan pemegang saham Sime Darby dan pemegang unit PNB dalam jangka masa panjang.
Untuk info, antara anak syarikat yang bernaung di bawah UMW Holdings dalam industri automotif adalah UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).
Baca Artikel Berkaitan: