fbpx
Now Reading
Guru Tuisyen Rugi RM206,000 Ditipu Skim Pelaburan Tak Wujud Di Media Sosial

Guru Tuisyen Rugi RM206,000 Ditipu Skim Pelaburan Tak Wujud Di Media Sosial

Awalnya guru tuisyen terbabit ingin membuat pembelian buku terpakai Bahasa Inggeris sebelum diajak oleh suspek menyertai pelaburan tak wujud itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari ada sahaja kes membabitkan mangsa yang terpedaya dengan scammer dilaporkan di negara ini.

Malah mereka yang melakukan jenayah ini sering muncul dengan pelbagai tipu helah untuk memperdayakan mangsanya.

Niat nak beli buku sebelum terpedaya dengan pelaburan di media sosial

Samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang guru tuisyen ini apabila kerugian RM206,000 akibat tertipu dengan pelaburan yang tak wujud di media sosial.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada bulan Ogos lalu, awalnya guru yang berusia 48 itu ingin membuat pembelian buku terpakai Bahasa Mandarin melalui Facebook dan WhatsApp.

Mangsa diajak oleh suspek sertai pelaburan selain menjanjikan pulangan wang lumayan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan mangsa kemudian diajak untuk menyertai pelaburan selain menjanjikan keuntungan wang yang lumayan pada 11 Ogos lepas.

Individu berkenaan memberi satu pautan menggunakan kata laluan milik mangsa sebelum memerangkap guru tuisyen terbabit.

Perkara itu dilakukannya untuk meyakinkan guru itu pautan yang didakwanya adalah wujud.

“Suspek cuba meyakinkan mangsa bahawa pelaburan ditawarkan akan memberi pulangan sehingga AS$200,000 (RM936,160) milik suspek yang belum ditebus.

“Mangsa juga diberitahu akan menerima keuntungan selepas 10 malam dengan setiap modal dilaburkan akan diperoleh semula berserta baucar sebanyak lima peratus.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudiannya membuat pemindahan ke dalam lima akaun berbeza sejak 25 Ogos hingga 5 September lalu,” ujarnya lapor Berita Harian.

Wang dipindahkan adalah arahan dari suspek

Setiap wang yang dipindahkan oleh guru berkenaan adalah melalui arahan dikeluarkan oleh suspek dengan jumlah keseluruhan bernilai RM206,000.

Walau bagaimanapun, sebaik kesemua pembayaran dilakukan guru berkenaan tidak mendapat pulangan mahupun baucar seperti yang dimaklumkan oleh suspek.

Guru itu tampil ke balai polis untuk membuat laporan, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.