fbpx

Tular Rider Tendang Motosikal, Rupanya Hampir 3 Tahun Tak Bayar Motor [Video]

Punca utama kejadian adalah disebabkan pemilik kenderaan itu dikatakan tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal miliknya yang mempunyai tunggakan selama 34 bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak belakangan ini, sering kali kedengaran kisah mengenai penunggang p-hailing atau lebih dikenali sebagai penghantar barangan dan makanan menggunakan motosikal.

Selain daripada kisah rider makanan yang motosikalnya disita oleh pihak berkuasa hingga mengundang kemarahan segelintir netizen, terbaharu, tular video seorang penghantar makanan menendang motosikal miliknya sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rider Makanan Jalan Kaki Kerana Motor Disita, Ini Penjelasan JPJ [Video]

Tendang Motosikal Rupanya Tak Bayar Hutang

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Twitter @mynewsmediahub, kelihatan rider berkenaan menendang motosikalnya berkali-kali.

Malah, beberapa bahagian motosikal tersebut terutamanya di bahagian belakang mengalami kerosakan akibat daripada perbuatannya itu.

Mengulas lanjut berhubung kejadian itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian tular tersebut berlaku pada jam 3.10 petang 11 September yang lalu di sebuah pusat membeli belah di Puchong.

Punca utama kejadian adalah disebabkan pemilik kenderaan itu dikatakan tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal miliknya yang mempunyai tunggakan selama 34 bulan.

Dia bertindak sedemikikan sebelum motosikalnya itu diserahkan kepada ejen tarik kenderaan.

“Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama (11 September) di Balai Polis Brickfields,” kata beliau.

Terdahulu, video yang tular di media sosial itu nyata menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata warganet hairan dan pelik dengan sikap rider tersebut yang bertindak agresif merosakkan kenderaan miliknya sendiri.

Malah, ada juga yang menitipkan doa buat dirinya sekiranya dia sedang ditimpa musibah.

Walau bagaimanapun, susulan daripada laporan sebenar mengenai perkara ini, segelintir netizen bertindak mengecam rider berkenaan. Bagi mereka, ia adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Motor Tertanya-Tanya Apa Salah Dia

Kenapa Dimarahi Motor Tu

Mungkin Lebih Banyak Masalah Yang Dihadapi Itu

Dah Tahu Susah Atau Tak Mampu, Pakai Motor Biasa Dah La

Dia Dah Rosakkan Harta Yang Bukan Milik Dia

Tanggungjawab Bila Berhutang Mesti Bayar

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.