fbpx
Now Reading
‘Bergantung Kepada MOF’- KPT Tiada Hasrat Teruskan Pemberian Diskaun Bayaran Balik PTPTN

‘Bergantung Kepada MOF’- KPT Tiada Hasrat Teruskan Pemberian Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Terdahulu, dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan insentif pemberian diskaun bayaran balik sehingga 20% bagi tempoh tiga bulan bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui skim pembiayaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan antara pembiayaan pendidikan utama yang ada di Malaysia.

Ia merupakan satu bentuk pinjaman pendidikan khusus buat pelajar yang akan mengikuti pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pinjaman ini perlu dibayar balik oleh pelajar setelah tamat tempoh tersebut. Namun, sejak daripada dahulu lagi, terdapat segelintir peminjam yang sukar untuk membuat bayaran balik.

Ini menyebabkan kerajaan melaksanakan beberapa insentif bagi memudahkan peminjam membuat bayaran pinjaman antaranya seperti diskaun bayaran balik PTPTN.

Tiada Lagi Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Semalam (4 Oktober), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa mereka tidak bercadang untuk meneruskan pemberian diskaun bayaran balik PTPTN menerusi Bajet 2024 yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, keputusan tersebut bergantung kepada Kementerian Kewangan (MOF).

“Kita tidak lagi meneruskan itu (diskaun bayaran balik) dan apa-apa pun perkara mengenainya tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Bajet 2024 Lebih Tertumpu Kepada Pendigitalan Dalam Pendidikan

Dalam pembentangan Bajet 2024 kali ini, beliau mengharapkan agar Kerajaan menyokong hasrat KPT menerap dan mengaplikasi pendigitalan dalam sistem pendidikan tinggi negara.

“Pada masa sama, kita akan beri fokus kepada soal menerapkan pendigitalan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih menarik.

“Malah, kita juga berharap aspek penyelidikan dan inovasi turut disentuh dalam Bajet 2024 kerana kita percaya ia mampu melonjakkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau turut mengharapkan soal perumahan buat pelajar juga diberi perhatian dalam pembentangan Bajet 2024 pada minggu hadapan bagi menjamin suasana kondusif buat mahasiswa universiti awam dan politeknik di negara ini.

Terdahulu, dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan insentif pemberian diskaun bayaran balik sehingga 20% bagi tempoh tiga bulan bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023 khusus buat peminjam.

Malah, kerajaan juga turut bersetuju untuk membuat penangguhan bayaran balik khusus buat peminjam yang mempunyai pendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan bagi meringankan beban kewangan mereka.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.