fbpx
Now Reading
“Pembayaran Balik PTPTN Ikut Pendapatan, Potongan Gaji Automatik Menerusi LHDN” – PM

“Pembayaran Balik PTPTN Ikut Pendapatan, Potongan Gaji Automatik Menerusi LHDN” – PM

Terdahulu, kaedah Income Contingent Loan (ICL) diperkenalkan oleh Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) sebagai inisiatif bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui skim pembiayaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan antara pembiayaan pendidikan utama yang ada di Malaysia.

Ia merupakan satu bentuk pinjaman khusus buat pelajar bagi menampung yuran dan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian dan perlu dibayar balik selepas graduan tamat belajar.

Namun, sehingga Mei 2023, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak RM66.9 bilion jumlah pinjaman PTPTN yang masih belum dilunaskan.

Jumlah yang besar ini boleh memberikan kesan terutama kepada bakal pelajar yang akan membuat pinjaman pada masa hadapan.

Cadang Kaedah Pembayaran Balik PTPTN Mengikut Income Contingent Loan (ICL)

Susulan daripada ini, wujud cadangan untuk menggunakan kaedah pembayaran balik pinjaman secara Income Contingent Loan (ICL) yang akan dilaksanakan melalui potongan gaji automatik menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini kerana kadar bayaran balik pinjaman rendah menjadi cabaran terbesar bagi kerajaan dalam memastikan pendidikan yang berterusan serta boleh menyebabkan lebih ramai rakyat berhadapan dengan kesukaran dalam menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Sekiranya jumlah pinjaman ini dibayar, ia boleh membiayai kira-kira 2.5 juta pelajar baharu,” katanya dalam ucapan dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dipetik dari Berita Harian.

Potongan Gaji Secara ICL Tidak Akan Membebankan Peminjam

Beliau yakin bahawa kaedah pembayaran balik melalui potongan gaji secara ICL tidak akan membebankan peminjam dan kaedah ini turut menyediakan insentif kepada individu dan majikan yang membuat pembayaran balik.

Langkah ini juga akan menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab sivik kepada mereka yang ingin menyambung pengajian tetapi tidak berkemampuan.

Terdahulu, kaedah ICL ini diperkenalkan oleh Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) sebagai inisiatif bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Ia susulan daripada kadar bayaran pinjaman balik yang rendah hingga mencecah RM66.9 bilion sehingga Mei 2023.

Malah, kerajaan melalui Belanjawan 2024 turut memberi diskaun bermula 14 Oktober hingga 31 Mac 2024 bagi menggalakkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

Pemberian diskaun adalah berbeza mengikut kadar bayaran balik iaitu seperti:

  • 10% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • 10% bagi bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki pinjaman sekali bayaran
  • 15% bayaran yang dibuat secara potongan gaji atau debit terus berjadual

Baca Artikel Berkaitan: ‘Bergantung Kepada MOF’- KPT Tiada Hasrat Teruskan Pemberian Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Terima Peruntukan RM16.3 Bilion, Ini Senarai Peruntukan Di Bawah KPT

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Bagaimana ‘Hutang’ 1 Sen PTPTN Jadi RM515 Hingga Nyaris Naik Ke Mahkamah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.