fbpx
Now Reading
Konon Nak Tunai Solat, Lelaki Ini Kantoi Cuba Curi Speaker Masjid Di Kota Bharu, Kelantan [Video]

Konon Nak Tunai Solat, Lelaki Ini Kantoi Cuba Curi Speaker Masjid Di Kota Bharu, Kelantan [Video]

Tindakan lelaki yang cuba mencuri pembesar suara itu bagaimanapun disedari oleh AJK masjid yang duduk bersebelahan masjid berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perbuatan mencuri merupakan suatu kesalahan bukan sahaja dari segi undang-undang malah salah di sisi agama.

Individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu juga dianggap berdosa walau apa alasan sekalipun.

Lelaki cuba curi alat pembesar suara masjid di Kelantan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa cuba untuk mencuri alat pembesar suara di Masjid Iktikaf Baba Mama, Kelantan.

Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) tersebut, awalnya kelihatan lelaki berkenaan berpura-pura seperti ingin menunaikan solat.

Namun tidak lama kemudian dia dilihat mengambil beberapa barangan di dalam sebuah beg dan kemudian memecahkan pintu gril masjid terbabit.

Tindakannya individu itu bagaimanapun terbongkar selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid yang tinggal berdekatan rumah ibadah berkenaan tersebut menyedari tindakan suspek menerusi CCTV di rumahnya sekitar jam 6.00 petang.

Sebaik mengetahui kejadian itu dari rakannya, Imam Masjid Iktikaf Baba Mama yang dikenali sebagai Azizi Noh, 60, kemudian segera ke lokasi bagi menangkap individu terbabit.

Individu didakwa mencuri sempat larikan diri

Walau bagaimanapun, usahanya tidak berjaya kerana lelaki berusia sekitar 30-an itu sempat melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan yang sedang menantinya di bahagian luar masjid.

Katanya selain mengumpil mangga pada pintu gril masjid, suspek didakwa turut bertindak menarik wayar pembesar suara yang diletakkan di ruangan solat wanita.

“Peralatan itu sudah berada di hadapan pintu masjid dan hanya menunggu masa untuk suspek membawanya keluar. Lelaki itu juga sempat menyelongkar kabinet yang menempatkan banyak naskhah al-Quran.

“Siasatan dalaman pihak masjid mendapati, suspek pernah beberapa kali mencuba untuk mencuri pembesar suara di sini sebelum ini, namun gagal,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Kejadian pembesar suara hilang pernah berlaku, AJK syak orang sama yang lakukan

Menurut imam itu, terdahulu kejadian pembesar suara hilang pernah berlaku di masjid terbabit dan AJK mengesyaki ia dilakukan individu sama.

Katanya, pembesar suara yang hilang sebelum ini bernilai RM1,200.

“Suspek juga tidak sempat membawa beg miliknya yang mengandungi peralatan untuk memecah masuk masjid dan wang tunai sebanyak RM1.

“Pihak masjid masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Kami akan membuat laporan dalam masa terdekat.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.