fbpx
Now Reading
‘Tangguh Dulu Hasrat Berumah Tangga Jika Gaji Bawah RM1,500’ – Pakar Ekonomi

‘Tangguh Dulu Hasrat Berumah Tangga Jika Gaji Bawah RM1,500’ – Pakar Ekonomi

Sekiranya individu mempunyai pendapatan bawah RM1,500, mereka tergolong dalam kumpulan kurang mampu kerana berada di bawah paras kadar kemiskinan nasional.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan bercinta semestinya mahu mengakhiri hubungan tersebut hingga ke jinjang pelamin.

Namun, kebanyakan pasangan kekasih pada masa kini lebih memilih untuk menangguhkan hasrat mendirikan rumah tangga disebabkan pelbagai faktor.

Antara faktor utama yang menjadi punca hasrat perkahwinan ditangguhkan adalah faktor kewangan.

Ini kerana peningkatan kos sara hidup pada masa kini menyebabkan kebanyakan individu lebih selesa untuk hidup bujang.

Malah, pakar ekonomi juga berpendapat individu yang mempunyai gaji bawah RM1,500 disaran menangguhkan dahulu hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Gaji Bawah RM1,500 Berada Bawah Kadar Kemiskinan Nasional

Buat individu yang memiliki gaji di bawah RM1,500, mereka dinasihatkan untuk fokus kepada perkara yang boleh memperbaiki ekonomi diri dan menangguhkan dahulu hasrat untuk berumah tangga.

Menurut Pakar Ekonomi Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, kadar kemiskinan nasional diukur pada tahap pendapatan RM2,208.

Sekiranya individu mempunyai pendapatan bawah RM1,500, mereka tergolong dalam kumpulan kurang mampu kerana pendapatan yang berada di bawah paras tersebut.

Sebaliknya, jika pendapatan individu melebihi daripada kadar kemiskinan nasional, ia menjadi penentu kepada kestabilan rumah tangga dan dapat mengelakkan masalah di masa hadapan.

“Jika bujang pun tidak cukup dengan gaji RM1,500, apatah lagi jika sudah berkahwin sebab ia melibatkan tanggungan dan komitmen.

“Kalau makan menu rahmah sekalipun, mungkin boleh bertahan sedikit tetapi bagaimana dengan keperluan lain. Oleh itu, tidak dapat tidak kena perbaiki ekonomi diri dan keluarga,” katanya.

Wanita Tidak Salah Jika Pilih Lelaki Yang Stabil

Tambah beliau lagi, pada masa kini adalah tidak salah dan relevan jika segelintir wanita lebih memilih lelaki stabil dan memiliki gaji yang tinggi sebagai calon suami.

“Jika berkahwin semata-mata mahu perlindungan, baik tidak patut diteruskan. Tetapi jika mereka tahu mengurus kewa­ngan dan disokong dengan latar belakang keluarga kaya, ia tidak jadi masalah,” kata beliau lagi.

Kenyataan beliau turut disokong oleh penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abd. Latiff yang menganggap berkahwin dengan pasangan yang mempunyai pendapatan RM1,500 tidak lagi relevan.

“Jika individu tersebut berjaya meraih pendapatan RM2,500 sekalipun, dia masih kekal di dalam golongan yang tidak mampu.

“Mereka juga perlu mengambil kira kadar gaji, kos tempat tinggal, perjalanan, utiliti, makan minum, insuran dan juga belanja harian,” katanya.

Tambah Ahmed Razman lagi, individu juga perlu mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perbelanjaan mereka.

KWSP Anggar Pasangan Berkahwin Tanpa Anak Perlu Belanja Bulanan RM4,630 Bagi Kawasan Lembah Klang

Untuk info, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini pernah mengeluarkan Laporan Panduan Perbelanjaanku 2022/2023 pada 13 Jun yang lalu.

Berdasarkan laporan tersebut, anggaran belanjawan bulanan buat pasangan berkahwin tanpa anak adalah sebanyak RM4,630 manakala pasangan berkahwin dengan seorang anak memerlukan belanja bulanan dengan anggaran sebanyak RM5,980 di Lembah Klang.

Jumlah ini berbeza dengan beberapa bandar di negeri lain antaranya seperti Johor Bahru, Ipoh, Alor Setar dan Kota Kinabalu.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Baca Artikel Berkaitan: Hanya RM1,530 Sebulan, Alor Setar Bandar Utama di Malaysia Dengan Kos Sara Hidup Paling Rendah

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan Antara Punca Penceraian, Ini Enam Kesilapan Yang Biasa Dibuat Oleh Pasangan Muda

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.