fbpx
Now Reading
Penganalisis Sifatkan Harga Rumah Di Malaysia ‘Sangat Tidak Mampu Milik’

Penganalisis Sifatkan Harga Rumah Di Malaysia ‘Sangat Tidak Mampu Milik’

Harga rumah yang dijual menjadi halangan utama kepada individu dalam mendapatkan pembiayaan kediaman, ini boleh dilihat apabila 86.1% permohonan pinjaman ditolak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Membeli atau menyewa kediaman sering menjadi isu yang dibincangkan dalam kalangan masyarakat.

Ada di antara kita yang lebih memilih untuk menyewa berbanding membeli aset tersebut disebabkan harga jualan yang terlampau mahal hingga kadang-kala boleh membebankan pengguna.

Penganalisis Sifatkan Harga Rumah Tidak Mampu Dimiliki

Menurut penganalisis daripada Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) Desmond Ch’ng, harga kediaman setiap negeri di Malaysia disifatkan sebagai ‘sangat tidak mampu dimiliki’.

Ini kerana kebanyakan harga rumah yang dijual berada di luar kemampuan kebanyakan individu.

Ia juga menjadi halangan utama kepada isi rumah bagi mendapatkan pembiayaan kediaman dengan 86.1% pinjaman ditolak.

“Ini disebabkan harga rumah yang tinggi, menjangkaui kemampuan kewangan isi rumah, meskipun dengan adanya skim jaminan pinjaman,” katanya.

Harga Rumah Median dan Bilangan Unit Yang Tidak Terjual Menurun

Namun, menurut Ch’ng, harga rumah median berbanding pendapatan median menunjukkan pengurangan pada akhir tahun 2022 berbanding pada 2020.

“Keterjangkauan perumahan kekal sebagai satu isu. Harga rumah meningkat 4.8% tahun ke tahun pada suku pertama 2023 berbanding 3.9% pada suku sebelumnya. Ini dibandingkan dengan purata jangka panjang sebanyak 5.3% dari 2015 hingga 2019,” katanya

Lebihan bekalan perumahan turut menunjukkan penurunan apabila terdapat pengurangan dalam bilangan unit rumah yang tidak terjual kepada 141,855 pada suku kedua tahun ini berbanding paras tertinggi yang direkodkan sebanyak 183,918 unit pada suku keempat 2021.

Manakala, purata bagi tahun 2015 hingga 2019 adalah sebanyak 130,210 unit.

“Kediaman berharga RM500,000 ke bawah menyumbang hampir 80% kepada jumlah transaksi hartanah pada separuh pertama 2023.

“Namun, bekalan hartanah kediaman yang baru dilancarkan berharga RM500,000 dan ke bawah susut mendadak pada 58% daripada jumlah pelancaran baharu berbanding 71.1% tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, Laporan Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2023 yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mendapati rumah yang telah siap dibina dalam lingkungan harga RM500,000 hingga RM1 Juta mencatatkan peratusan tertinggi paling banyak tidak terjual iaitu 32.5%.

Foto: NAPIC

Manakala, bagi kediaman dengan harga bawah RM300,000 di tangga kedua dengan peratusan sebanyak 26.8%, 25.4% bagi kediaman yang berharga RM300,000 hingga RM500,000 dan 15.4% bagi kediaman yang berharga lebih RM1 Juta.

Please view our new publication today at http://napic2.jpph.gov.my – & Snapshot of the Property Market in 2023.

Posted by National Property Information Centre – NAPIC on Thursday, 14 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: ‘Paling Banyak Tak Laku’ – Kediaman Harga RM500,000 Ke RM1 Juta Paling Banyak Tak Terjual

Baca Artikel Berkaitan: 10 Daripada 100 Rakyat Malaysia Beli Rumah Tak Sepadan Dengan Gaji

Baca Artikel Berkaitan: Elakkan Diri Anda Dari Jadi Mangsa Projek Rumah ‘Sakit’ Menggunakan 5 Tips ini!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.