fbpx

Polis Buru Individu Curi 5 Tabung Derma Dalam Sebuah Restoran Di Johor

Menurut polis, anggaran nilai kerugian adalah RM300.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai telah mencuri beberapa tabung derma di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor.

Menerusi video berkenaan, kelihatan individu yang memakai helmet itu telah mengambil beberapa tabung derma yang diletakkan di kaunter bayaran restoran terbabit.

Siap selongkar laci kaunter sebelum beredar

Pada mulanya dia mengambil beberapa tabung dan membawanya ke bahagian belakang sebelum datang semula untuk mengambil baki lebihan tabung.

Bukan itu sahaja, dia turut dilihat menyelongkar beberapa laci kaunter berkenaan sebelum beredar.

@kilatdotmy

Seorang lelaki bertopi keledar dirakam mencuri tujuh tabung sumbangan di sebuah restoran dekat Ulu Tiram, Johor pada Ahad. Perbuatan yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu jelas memaparkan perbuatan individu berkenaan yang terlebih dahulu dilihat cuba mencuri wang di kaunter bayaran. #fyp #BeritaDiTikTok #Curi #Tabung #Tular

♬ original sound – kilatdotmy – kilatdotmy

Polis buru lelaki dipercayai curi lima tabung derma

Susulan daripada penularan video itu, polis kini sedang memburu lelaki berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku pada 6 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohimi pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian dari seorang lelaki berusia 57 tahun.

Anggaran kerugian bernilai RM300

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 6 Oktober lebih kurang 1.10 pagi bertempat di sebuah restoran di Kawasan Ulu Tiram, Johor.

“Barang-barang telah dicuri suspek adalah lima tabung berisi warng derma, anggaran nilai kerugian yang dialami sebanyak RM300,” katanya.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan ASP Hapizee Zulkarnain di 012 7532 276 atau 07 3864 2222 untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.