fbpx
Now Reading
Gara-Gara Kucing, 10 Botol Bahan Kimia Tumpah Di Makmal IPG

Gara-Gara Kucing, 10 Botol Bahan Kimia Tumpah Di Makmal IPG

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Pulau Pinang sebanyak 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Bayan Baru digegaskan ke tempat kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing sememangnya haiwan yang comel dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri hingga menyebabkan segelintir manusia sayang dan sanggup memelihara mereka.

Namun, perangai si bulus ini kadang kala sering memeningkan kepala dan mengundang rasa geram dalam diri manusia.

Antara perangai pelik yang biasa dibuat oleh kucing adalah sikap ingin tahunya yang tinggi hingga boleh mendatangkan kesusahan kepada individu serta merosakkan harta benda.

Malah, sering kali kita lihat kebanyakan kes yang melibatkan haiwan comel ini perlu mendapat bantuan anggota beruniform seperti Bomba bagi menyelamatkan keadaan.

16 Anggota Digegaskan Ke Lokasi Kejadian

Gara-gara seekor kucing, sepasukan bomba terpaksa dipanggil bagi membantu membersihkan sebuah bilik makmal di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang yang terletak di Persiaran Tunku Kudin, Pulau Pinang semalam (10 Oktober).

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fauzian Izzuan Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.48 petang.

Sebanyak 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Bayan Baru digegaskan ke tempat kejadian.

Difahamkan, tumpahan itu disedari oleh pembantu makmal yang sedang membuat rutin pemeriksaan sebelum dia bertindak menghubungi talian kecemasan.

Kejadian 10 Botol Bahan Kimia Pecah Disebabkan Kucing

Insiden dikatakan berpunca daripada kucing yang menyelinap masuk ke dalam makmal sebelum disedari oleh pembantu makmal tersebut.

“Tumpahan bahan kimia daripada botol yang pecah di dalam bilik makmal itu membabitkan 10 botol bahan kimia Sodium Dihydrogen yang keseluruhannya 500 mililiter (ml).

“Pasukan bomba melakukan proses nyah cemar sebelum memastikan keadaan bilik makmal benar-benar selamat,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Operasi pembersihan tamat pada jam 6.47 petang.

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Cemas, Kucing Kesayangan Terperangkap Atas Pokok Kelapa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “TQ Abang Bomba” – Anak Kucing Tercucuk Besi Umpan Dalam Perangkap Tikus Buat Ramai Sebak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.