fbpx
Now Reading
Pestabola Merdeka: Vape & Bendera Negara Tiada Kaitan Antara Barang Yang Tidak Boleh Di Bawa Masuk Ke Stadium – PDRM

Pestabola Merdeka: Vape & Bendera Negara Tiada Kaitan Antara Barang Yang Tidak Boleh Di Bawa Masuk Ke Stadium – PDRM

Powerbank, minuman keras dan topi keledar juga antara barang terlarang yang tidak boleh dibawa ke stadium sempena perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 pada malam ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui sejak 13 Oktober yang lalu sedang berlangsungnya Kejohanan Pestabola Merdeka 2023.  

Kemuncak kejohanan akan diadakan pada malam ini (17 Oktober) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 9.00 malam dengan menyaksikan pertembungan di antara Malaysia dan Tajikistan.

Polis menjangkakan sebanyak 45,000 pengunjung akan hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir berkenaan.

Malah, menerusi facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sehingga jam 5.00 petang, lebih 33 ribu tiket telah terjual.

33,461 TIKET TELAH TERJUAL! * Setakat 5.00 petang Seruan terakhir buat penyokong Harimau Malaya menyaksikan Final…

Posted by Football Association of Malaysia on Tuesday, 17 October 2023

Polis Nasihat Jangan Bawa Barang Terlarang

Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan hari ini menyenaraikan beberapa barangan yang tidak boleh dibawa masuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, pihak polis dengan penglibatan jabatan dan unit PDRM akan melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan penyokong tidak membawa masuk barang yang boleh menjejaskan keselamatan awam.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan tubuh, beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.

“PDRM tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan perkarangan stadium,” katanya menerusi satu kenyataan.

Vape dan Bendera Yang Tiada Kaitan Antara Barang Terlarang

Menerusi kenyataan itu lagi, terdapat 12 barang larangan yang disenaraikan seperti;

  • Mercun/ Bunga Api/ Suar (Flare)
  • Topi keledar
  • Laser pen
  • Sebarang objek tajam (besi / kayu)
  • Senjata seperti parang dan lain-lain yang berbahaya
  • Minuman keras
  • Payung / tongkat
  • Powerbank
  • Botol Air
  • Pemetik Api (Lighter) / Mancis
  • Rokok/ Rokok Elektronik/ Vape
  • Bendera negara lain yang tiada kaitan dengan perlawanan ini.

Ini bermakna bendera luar seperti bendera Palestin juga tidak boleh dibawa masuk seperti yang berlaku pada perlawanan antara Malaysia dan India beberapa hari lalu.

Pengunjung Disaran Guna Pengangkutan Awam & Menjaga Perlakuan

Tambah beliau lagi, bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas, pengunjung dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium pada malam ini.

Malah, buat mereka yang tidak pergi menyaksikan perlawanan berkenaan, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan jalan-jalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memastikan kelancaran trafik.

Pada masa yang sama, Zam Halim turut menasihatkan orang ramai untuk menjaga kelakuan bagi mengelakkan daripada berlakunya kekacauan.

“Orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila serta tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan sama ada semasa perlawanan mahu pun selepas perlawanan tersebut,” ujarnya lagi.

Bagi individu yang mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 2115 999 atau mana-mana balai polis yang berkaitan.

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Cheras berkenaan dengan Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2023 diantara pasukan…

Posted by Polis Cheras on Monday, 16 October 2023

Baca Artikel Berkaitan: Palestin Sah Tarik Diri Dari Pestabola Merdeka 2023, Tak Dapat Terbang Ke Kuala Lumpur

Baca Artikel Berkaitan: Bakar Suar Lagi, Peminat Bola Desak FAM Potong Mata JDT & Main Tanpa Penyokong

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.