fbpx
Now Reading
Saifuddin Sebagai Menteri KDN Boleh Lakukan Pendaftaran Perkahwinan Pasangan Bukan Islam – JPN

Saifuddin Sebagai Menteri KDN Boleh Lakukan Pendaftaran Perkahwinan Pasangan Bukan Islam – JPN

Menurut JPN, proses pendaftaran perkahwinan sivil terbabit tidak melibatkan, menyerupai, melambangkan dan dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi ucapan dalam satu majlis pada pasangan bukan Islam.

Video yang sohor di media sosial itu telah meraih perhatian ramai sekaligus menimbulkan pelbagai dakwaan berkenaan kejadian tersebut.

@maf14.pas

Pudin pokka sekian lama menghilang rupanya dah bergelar tok nikah kawin 😂

♬ original sound – POBODY.NERFECT – POBODY.NERFECT

JPN jelaskan video tersebut adalah sesi pendaftaran perkahwinan sivil

Pun begitu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi satu kenyataan semalam (25 Oktober) memaklumkan video tersebut merupakan sesi pendaftaran perkahwinan yang dijalankan di JPN dan berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta 164.

Menurut JPN, proses pendaftaran perkahwinan sivil terbabit tidak melibatkan, menyerupai, melambangkan dan dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

“Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata.

“Ianya juga persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

“Malah sesi pendaftaran Perkahwinan Sivil dengan YB (Yang Berhormat) Menteri (Saifuddin Nasution) ini diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun,” katanya.

Saifuddin dijemput JPN untuk rasmikan Majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan

Menurut JPN lagi, video yang sohor itu merupakan rakaman di mana Saifuddin Nasution telah dijemput oleh JPN untuk merasmikan Majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan semalam (25 Okktober).

“Antara pengisian program adalah mendaftarkan perkahwinan sivil dua pasangan yang sudah dipilih oleh JPN.

“JPN adalah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164],” katanya.

Mengikut akta tersebut, Menteri Dalam Negeri adalah menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil di mana ia membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

Jawatan lain yang boleh melakukan pendaftaran perkahwinan sivil

Selain Menteri Dalam Negeri, terdapat beberapa jawatan lain yang boleh melakukan pendaftaran perkahwinan sivil seperti:

  • Ketua Pengarah Pendaftaran Negara
  • Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara
  • Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Penceraian
  • Pengarah Pendaftaran Negeri
  • Pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Penceraian sebagai Timbalan Pendaftaran Perkahwinan

JPN minta orang ramai henti sebar berita palsu dan semak serta selidik terlebih dahulu

Dalam pada itu, JPN turut meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu dan semak serta selidik terlebih dahulu bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.