fbpx
Now Reading
Akui Kekurangan Lebih 20,000 Guru, KPM Akan Selesaikan Secara Berperingkat

Akui Kekurangan Lebih 20,000 Guru, KPM Akan Selesaikan Secara Berperingkat

Menurut Ketua Pengarah KPM, pengisian jawatan 9,552 graduan pendidikan pada baru-baru ini tidak mencukupi untuk menampung kekurangan tersebut yang dikatakan berjumlah 20,863 guru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengakui berlakunya kekurangan lebih 20,000 guru di seluruh negara pada ketika ini.

Menurut KPM, pihaknya akan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pengajar secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun kehadapan.

Kekurangan guru merupakan masalah yang tidak dapat dielak

Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, kekurangan guru itu merupakan masalah yang tidak dapat dielakkan susulan persaraan guru secara wajib dan pilihan.

Ketua Pengarah KPM

“Kekurangan guru sedang berlaku kita tak menafikan, 20,000 lebih sikit. Kenapa berlaku? Kerana guru bersara wajib dan guru bersara pilihan.  Selepas itu, peringkat demi peringkat berlaku kekurangan sana sini jadi angka itu terjadi.

“Semalam diumumkan 9, 552 guru baharu dilantik untuk menampung kekurangan itu, jadi kita masih ada lagi yang tidak dapat kita selesaikan. Jadi InsyaAllah, dalam masa terdekat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan keluarkan guru-guru yang kita lantik secara kontrak ada sejumlah lagi,” katanya dipetik Kosmo.

Pengisian jawatan 9,552 graduan pendidikan tidak cukup menampung kekurangan tersebut

Menurutnya lagi, pengisian jawatan 9,552 graduan pendidikan pada baru-baru ini tidak mencukupi untuk menampung kekurangan tersebut yang dikatakan berjumlah 20,863 guru.

Jelasnya, kementerian sentiasa berusaha menambah baik kaedah tertentu agar permasalahan tersebut terutama kekurangan guru dalam subjek teras akan dapat diselesaikan dengan segera.

“Perkara ini dalam radar kita dan kita sedang menambah baik kaedah untuk dapatkan guru opsyen tertentu kita bekerjasama dengan pihak IPTA dan IPTS supaya bekalan ini dalam tempoh beberapa tahun ini dapat kita atasi.

“Cumanya saya ingin menarik perhatian bahawa satu perkara, kekurangan ini tidak boleh diselesaikan sekali gus baik di negeri mana-mana pun kita harapkan guru yang dibekalkan dipimpin oleh pengetua, guru besar sebaiknya.

“Ia supaya mereka dapat berikan perkhidmatan jauh lebih baik dan berkualiti. Sebenarnya jika ada kepimpinan dalam pendidikan lemah, guru yang ada tidak membantu.  Kalau kepimpinan itu hebat, mereka dapat gerakkan sumber manusia dengan sebaiknya pasti banyak kejayaan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.