fbpx
Now Reading
Dari Cedera Ringan, Lelaki Warga Asing Bertukar Parah Selepas Digilis Myvi

Dari Cedera Ringan, Lelaki Warga Asing Bertukar Parah Selepas Digilis Myvi

Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu pada mulanya telah mengalami kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal sewaktu dia melintas jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain daripada sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab, keadaan persekitaran dan suasana yang gelap juga boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.

Ini kerana ia boleh membataskan penglihatan kebanyakan pemandu yang hanya bergantung kepada lampu kenderaan semata-mata.

Malah, kawasan yang gelap boleh menjadikan sesuatu kemalangan itu menjadi lebih teruk dari biasa dan mangsa berkemungkinan mengalami kecederaan yang lebih parah.

Alami Kemalangan Dengan Motosikal Sebelum Dilanggar Perodua Myvi

Terbaharu, seorang lelaki warga Bangladesh mengalami cedera parah selepas digilis oleh sebuah Perodua Myvi di Kilometer 35.2 Jalan Butterworth-Alor Setar Gurun, Kedah kira-kira jam 8.20 malam pada 7 November.

Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu pada mulanya telah mengalami kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal sewaktu dia melintas jalan.

“Bagaimanapun perlanggaran itu tidak melibatkan kecederaan serius tetapi mangsa enggan diangkat dan dibawa ke tepi oleh orang ramai di lokasi kejadian,” kata saksi.

Namun, tindakannya yang terus berbaring di jalan raya mengundang padah apabila dia kemudiannya digilis oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Alor Setar, Kedah.

“Beberapa saat kemudian dia bernasib malang apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju dari arah Alor Setar hilang kawalan sebaik menghampiri lokasi itu dan melanggar mangsa menyebabkan dia tidak sedarkan diri,” kata saksi lagi.

Mangsa Cedera Parah, Pemandu Kereta Melarikan Diri

Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Tambah saksi lagi, pemandu kereta tersebut melarikan diri. Walau bagaimanapun, insiden berkenaan sempat dirakam oleh seorang pengguna di jalan berkenaan sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, hasil siasatan awal mendapati, terdapat seorang lelaki tempatan yang membantu mengawal lalu lintas sewaktu kemalangan berlaku.

“Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri lokasi kejadian nyaris merempuh lelaki terbabit tetapi sempat dielak sebelum melanggar mangsa yang terbaring di situ.

“Kita sedang mendapatkan keterangan daripada saksi kejadian selain menjejaki pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar lari itu untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial video kemalangan yang melibatkan lelaki warga asing yang berasal dari Bangladesh itu.

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana yang agak gelap dan dia dilihat berbaring di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah kereta perodua Myvi.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Rider Turun Motor & Kata Padan Muka Pada Myvi Pandu Melulu Hingga Terbabas Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Malu Pun Dapat” – Tindakan Myvi Dipercayai Potong Barisan Undang Padah Selepas Tersangkut Di Bahu Jalan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.