fbpx
Now Reading
Fahmi Fadzil Pertimbang Saman Pihak Yang Fitnah Dirinya Berhubung Isu Coldplay

Fahmi Fadzil Pertimbang Saman Pihak Yang Fitnah Dirinya Berhubung Isu Coldplay

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, hantaran yang diterbitkan oleh satu badan yang dikenali sebagai Gerakan Pengundi Sedar itu bersifat pembohongan dan berbeza daripada konteks sebenar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kedatangan kumpulan rock Britain, Coldplay ke Malaysia pada Rabu (22 November) lalu masih lagi meninggalkan kesan hingga kini.

Walaupun hampir seminggu berlalu, Coldplay masih lagi menjadi topik hangat yang dibincangkan di media sosial.

Mahu Saman Pihak Fitnah Berhubung Isu Coldplay

Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah dirinya berhubung isu penganjuran Coldplay.

Menurut Fahmi, hantaran yang diterbitkan oleh satu badan yang dikenali sebagai Gerakan Pengundi Sedar itu berbaur pembohongan dan berbeza daripada konteks sebenar.

“Ia mendakwa konon saya mengucapkan ‘Alhamdulillah, konsert itu berjalan dengan baik’, walhal tuduhan ini bersifat fitnah malah berniat jahat,” kata Fahmi yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Isi Kandungan Berbeza Dari Laporan Asal

Tambah beliau lagi, laporan asal yang dilaporkan oleh satu akhbar bukanlah seperti yang digambarkan oleh gerakan tersebut. Ia boleh dibaca dari laman sesawang media asal.

“Ia lari daripada apa yang saya sebut sendiri dan saya akan minta peguam untuk teliti pihak yang membuat infografik berkenaan sebelum diambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Malah, Fahmi menyifatkan langkah untuk menyaman bukan satu tindakan yang baharu kerana beliau juga pernah menyaman tiga individu yang berprofil tinggi kerana memfitnah dirinya dengan memesongkan fakta asal.

Beri Peringatan Kepada Semua Untuk Tidak Sebarkan Hantaran Berbaur Fitnah

Fahmi turut mengingatkan kepada semua pengguna media sosial agar tidak menyebarkan hantaran berbaur fitnah serta yang bersifat menyemai kebencian.

Beliau juga tidak menolak selepas ini tindakan perundangan akan segera diambil ke atas pihak terbabit kerana mengakibatkan salah faham untuk jangka masa yang panjang.

Terdahulu, Berita Harian dilaporkan memetik komen Fahmi yang gembira dan berpuas hati dengan penganjuran Konsert ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur’.

Namun, rasa syukur itu berikutan kerjasama baik antara penganjur, artis (Coldplay) dan pihak berkuasa.

Laporan asal telah disiarkan oleh media tersebut di laman web rasminya namun sebuah gerakan telah memuat naik satu hantaran yang disifatkan berbaur fitnah dan berbeza daripada konteks sebenar.

Antara sumbangan Fahmi selepas setahhun kerajaan madani ialah memastikan konsert Coldplay berjalan dengan baik. Kata Fahmi, “Alhamdulillah.”

Posted by Gerakan Pengundi Sedar on Thursday, 23 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: “Mereka Ditegur Kerana Sentuh Isu 3R” – Fahmi Fadzil Sangkal Tuduhan Ancam Penonton TikTok Live

Baca Artikel Berkaitan: Keluarkan Laporan Dakwa Penjawat Awam Akan Dikurangkan, Awesome TV Temui MCMC

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.