fbpx
Now Reading
Kerajaan Pahang Ingin Hubungi Penulis Anime ‘Jujutsu Kaisen’ Selepas Kuantan Disebut Oleh Watak Kento Nanami

Kerajaan Pahang Ingin Hubungi Penulis Anime ‘Jujutsu Kaisen’ Selepas Kuantan Disebut Oleh Watak Kento Nanami

Menurut Exco Pahang, usaha itu dilakukan bagi mengambil kesempatan untuk mempromosikan Kuantan terutamanya di kawasan pantai daerah itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, nama Kuantan mula mendapat perhatian ramai selepas tular nama daerah yang terletak di Pahang itu menjadi sebutan di dalam sebuah anime Jepun terkenal, Jujutsu Kaisen.

Isu berkenaan juga dibangkitkan hari ini (6 Disember) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.

Kerajaan Pahang mahu hubungi penulis anime Jujutsu Kaisen

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, kerajaan Pahang sedang menghubungi pihak Jepun sebagai percubaan untuk berhubung dengan penulis siri anime tersebut.

Menurutnya, usaha itu dilakukan bagi mengambil kesempatan untuk mempromosikan Kuantan terutamanya di kawasan pantai daerah itu.

“Ada peminat anime ini telah menanda dalam peta Google sebagai tugu peringatan kepada watak Kento Nanami.

“Jadi, kita berharap kerajaan negeri dapat endorsement daripada penciptanya supaya pantai itu menjadi tarikan terbaru buat peminat anime seluruh dunia,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang itu berkata demikian semasa menjawab soalan Rosli Abdul Jabar, ADUN Tanjung Lumpur pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewang Negeri Pahang Ke-15.

Watak Kento Nanami beritahu ingin ke Pantai di Kuantan

Terdahulu, nama Kuantan mula trending apabila salah sebuah watak Kento Nanami menyatakan dia harus pergi ke kawasan pantai di Kuantan untuk bersara.

Nama ibu negeri Pahang itu disebut dalam anime Jujutsu Kaisen pada episod ke-42, namun Kento Nanami mati sebelum sempat pergi ke sana.

Penularan video itu, tidak hanya membanggakan warga Kuantan dan rakyat Malaysia, malah turut dijadikan iklan oleh Malaysia Airlines untuk mempromosikan daerah Kuantan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.