fbpx

Insiden Anjing Liar Kejar Budak Sekolah, Majlis Perbandaran Pontian Sudah Ambil Tindakan [Video]

Selain daripada mengejar penduduk yang menunggang motosikal atau menaiki basikal, penduduk mendedahkan anjing-anjing berkenaan turut memasuki halaman dan tidur di hadapan rumah penduduk berhampiran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing dan anjing sering menjadi pilihan kebanyakan individu untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana sikapnya yang jinak dan manja.

Disebabkan sikap mereka itu, ia boleh menarik perhatian khususnya buat pencinta haiwan untuk bermain dengan mereka walaupun haiwan berkenaan berada di tepi jalan atau kawasan terbiar.

Namun, sikap haiwan ini khususnya anjing boleh berubah menjadi liar sehingga mengancam nyawa manusia.

Sekumpulan Anjing Liar Kejar Budak Sekolah

Terbaharu, tular di platform Twitter (X) video seorang budak sekolah dikejar oleh beberapa ekor anjing liar.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @redzuanNewsMPB, kejadian berkenaan berlaku di Pekan Kayu Ara Pasong, Pontian Johor memaparkan kanak-kanak lelaki sedang menaiki basikal.

Namun, ketika melalui di hadapan kumpulan haiwan tersebut, anjing-anjing itu bertindak mengejar pelajar lelaki berkenaan hingga menyebabkan dia terpaksa melintas jalan secara serta-merta.

Tindakan spontan kanak-kanak itu nyata menarik perhatian warganet yang melihat video tersebut.

Rata-ratanya risau dengan kehadiran haiwan berkenaan yang dilihat boleh membahayakan nyawa pengguna. Malah, kehadiran dan sifat suka mengejar haiwan itu juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Peniaga Dedah Anjing Sering Ganggu Penduduk

Menurut seorang peniaga roti canai yang dikenali sebagai Zuzuli Saien, dia sendiri melihat kumpulan anjing tersebut mengejar pelajar terbabit namun pelajar lelaki itu tetap mengayuh dengan laju bagi mengelakkan dari digigit.

Malah, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan yang berlaku akibat daripada haiwan tersebut memandangkan jalan raya di pekan itu pada waktu pagi agak sibuk.

“Sebelum ini tiada pihak yang merakamkan kehadiran anjing-anjing liar itu, namun seorang peniaga telah mengambil inisiatif merakam video mengenai kebimbangan peniaga di pekan ini.

“Orang ramai yang ingin ­singgah untuk bersarapan pagi pun bimbang dikejar oleh anjing-anjing tersebut yang mungkin datang dari kawasan kampung berhampiran,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Selain daripada mengejar penduduk yang menunggang motosikal atau menaiki basikal, seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Zakaria Misnan mendedahkan anjing-anjing berkenaan turut memasuki halaman dan tidur di hadapan rumah penduduk berhampiran.

“Bukan sahaja berkeliaran di Pekan Kayu Ara Pasong, anjing-anjing ini juga mengganggu penduduk dengan memasuki halaman rumah dan tidur di hadapan pintu,” ujarnya.

Aduan Telah Dibuat & Anjing Liar Telah Ditangkap

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kawasan (2) Mukim Api-Api Rashid Mastam, insiden itu telahpun dilaporkan kepada Penghulu Mukim Api-Api dan Pejabat Daerah Pontian.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan turut mendedahkan bahawa insiden tersebut telah diadukan kepada Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) dan tindakan selanjutnya telah diambil.

“Aduan yang dikemukakan mendapat perhatian segera daripada MPPn dan saya dimaklumkan ada anjing liar telah ditangkap.

“Saya juga meminta agar pemantauan berterusan dilakukan kerana bimbang dengan ancaman anjing liar di kawasan pekan yang boleh menggugat keselamatan penduduk,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Nyaris Masuk Tasik Gara-Gara Elak Binatang Liar

Baca Artikel Berkaitan: Ditarik Ketika Dalam Dakapan Ibu, Bayi Berusia Setahun Maut Diserang Monyet Liar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.