fbpx
Now Reading
Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan 1 Januari 2024 Tidak Benar – KPDN

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan 1 Januari 2024 Tidak Benar – KPDN

Menurut KPDN dalam satu kenyataan, projek rintis yang akan dilakukan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum 2023 mula melabuhkan tirainya dan memasuki tahun baru.

Namun, sejak semalam tular pula di media sosial dakwaan bahawa subsidi diesel akan ditamatkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

KPDN nafi dakwaan subsidi diesel dihapuskan 1 Januari ini

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang cakna dengan perkara itu telah menafikan dakwaan terbabit.

KPDN menerusi satu kenyataan memaklumkan kementerian itu sebaliknya sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel yang melibatkan enam syarikat yang menerima kuota skid tank yang akan tamat tempoh pada 14 Januari 2024.

Projek rintis tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu

Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

“Proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan, agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel, seperti mana yang dirancang.

“KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai,” kata KPDN.

Menurut KPDN lagi, sebarang pengumuman rasmi berhubung mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel akan dibuat kementerian itu dan Kementerian Kewangan, setelah sesi libat urus dan jalanan ujian sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel selesai dilaksanakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.