fbpx
Now Reading
Wanita Panjat Tangki Air Sebelum Berbogel, Dakwa Sembunyi Dari Individu Tak Dikenali

Wanita Panjat Tangki Air Sebelum Berbogel, Dakwa Sembunyi Dari Individu Tak Dikenali

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, siasatan awal mendapati wanita berusia 39 tahun yang sudah berkahwin itu menetap di Kuala Lumpur dan tiba di Bagai Serai kelmarin (16 Disember) dengan menaiki kenderaan awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk Bagan Serai, Kerian dikejutkan dengan insiden seorang wanita memanjat dan memasuki tangki air milik Lembaga Air Perak (LAP) pada jam sekitar pukul 2 petang semalam (17 Disember).

Difahamkan, ketika berada di atas tangki air, wanita berkenaan bertindak membuka pakaian dan mencampaknya bersama beberapa barangan lain.

Susulan kejadian tersebut, wanita berusia 39 tahun yang berada di atas tangki air setinggi 50 meter itu telah berjaya ditahan.

Berjaya ditahan selepas dipujuk anggota bomba untuk turun

Difahamkan dia berjaya ditahan selepas anggota bomba memujuknya untuk turun dari tangki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Balai Polis Bagan Serai bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, menerusi satu kenyataan mengesahkan tentang kejadian tersebut.

Dakwa lari daripada individu tidak dikenali

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa berada di atas tangki berkenaan kerana bersembunyi daripada diganggu individu tidak dikenali.

“Siasatan awal mendapati wanita tersebut telah berkahwin serta mempunyai masalah kesihatan mental.

“Dia menetap di Kuala Lumpur dan tiba di Bagan Serai semalam (16 Disember) dengan menaiki kenderaan awam.

“Difahamkan, wanita itu pernah menetap di kawasan itu sewaktu kanak-kanak ketika bapanya bertugas sebagai seorang guru dan perkara itu disahkan ahli keluarganya,” katanya.

Polis serah wanita terbabit kepada keluarganya di Kuala Lumpur

Menurutnya lagi, pihak polis dalam proses menyerahkan wanita terbabit kepada ahli keluarganya di Kuala Lumpur.

Berkongsi lanjut, Juna turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.