fbpx
Now Reading
“Sekali Banyak Jalan Tutup & Tiada Parkir” – Pelancong Luah Rasa Kecewa Bercuti Di Melaka

“Sekali Banyak Jalan Tutup & Tiada Parkir” – Pelancong Luah Rasa Kecewa Bercuti Di Melaka

Kenyaataan wanita itu turut disokong oleh beberapa pengguna lain yang turut mengakui penutupan jalan serta parkir yang terhad menyukarkan pergerakan mereka sekeluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat kebanyakan individu, cuti sempena hujung minggu dan sambutan Hari Natal menjadi peluang bagi mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Ada yang mengambil peluang ini untuk beristirehat di rumah namun ada juga yang memilih untuk bercuti bersama ahli keluarga yang lain.

Pastinya antara destinasi yang sering menjadi pilihan orang ramai adalah Melaka. Ini kerana keunikan makanan, budaya dan tempat yang menarik menyebabkan orang ramai memilih untuk bercuti di negeri itu.

Pelancong Kecewa Jalan Di Melaka Banyak Tutup & Parkir Terhad

Walau bagaimanapun, segelintir pelancong ke negeri ini meluahkan rasa kecewa apabila kebanyakan jalan utama di negeri itu ditutup dan parkir yang tersedia adalah terhad hingga menganggu rancangan mereka.

Menerusi akaun Facebook Melaka Daily, satu hantaran berhubung luahan perasaan oleh seorang pelancong telah dimuat naik di laman tersebut.

“Saya baru balik dari Melaka. Datang dari Perak pergi Melaka nak melancong, sekali semua jalan ditutup dan tiada parkir.

“Bayangkan nak pergi melancong tetapi tidak dibenarkan masuk kawasan pelancongan, rugi satu hari kerana tidak tahu jalan di situ. Akhirnya masuk bilik hotel, tidur. Buang masa, buang tenaga dan buang duit,” tulis wanita berkenaan menerusi tangkap layar itu.

Kenyataan wanita itu turut disokong oleh beberapa pengguna lain yang turut mengakui penutupan jalan serta parkir yang terhad menyukarkan pergerakan mereka sekeluarga.

Namun, ada segelintir yang berpendapat bahawa ia bukanlah menjadi satu masalah di mana mereka boleh sahaja menggunakan perkhidmatan lain seperti Grab untuk menuju ke destinasi.

Antara luahan pelancong yang datang ke Melaka! Kerajaan Negeri Melaka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Bandar Shadan Othman

Posted by Melaka Daily on Sunday, 24 December 2023

Penutupan Jalan Sempena Zon Bebas Kenderaan

Untuk info, kerajaan negeri Melaka telah mengumumkan pelaksanaan tempoh percubaan Zon Bebas Kenderaan (Car Free Zone) selama 54 jam bermula 22 hingga 24 Disember bagi memudahkan keselesaan pelancong untuk berkunjung ke negeri bersejarah itu.

Pelaksanaan zon itu melibatkan beberapa jalan yang menjadi tumpuan antaranya Jalan Istana, Jalan Mahkamah, Jalan Laksamana dan sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob.

Selain pelancong, terdapat segelintir peniaga dan penjaja turut meluahkan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan negeri yang menutup jalan hingga boleh menjejaskan perniagaan mereka khususnya di Medan Samudera Bandar Hilir, Melaka.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, penutupan jalan itu masih lagi dalam tempoh percubaan dan kajian sebagai persediaan bagi menghadapi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Malah, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak menzalimi mana-mana pihak khususnya peniaga kerana tindakan tersebut adalah langkah bagi memastikan pelancong berada dalam keadaan selesa dan dapat berkunjung ke premis perniagaan mereka.

MAKLUMAN ! *PELANJUTAN MASA TEMPOH PERCUBAAN PELAKSANAAN ZON BEBAS KENDERAAN BANDA HILIR* Sempena Pelaksanaan Zon…

Posted by Jabatan Penguatkuasaan MBMB on Wednesday, 20 December 2023

Berikut antara komen warganet:

Kalau Nak Tutup Jalan, Kena Sediakan Tempat Parkir Yang Besar & Selesa Untuk Mudahkan Pelancongan

Kena Ada Alternatif Lain Kalau Nak Tutup, Sediakan Perkhidmatan Trem Atau Parking Bertingkat

Kesian Orang Luar, Tak Tahu Nak Parkir Mana

Parkir Jelah Dekat Hotel, Kemudian Naiklah Grab

Baca Artikel Berkaitan: Pembawa Beca Di Melaka Disaran Buka Lagu Tradisional & Henti Main Lagu Dangdut

Baca Artikel Berkaitan: Homestay Di Melaka Tawar Pakej ‘Inap Rahmah’, Hanya RM5 Semalam Untuk Golongan B40

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.