fbpx
Now Reading
PDRM Buka Kertas Inkuiri Terhadap Ahli Parlimen DAP Isu Campuri Urusan Islam

PDRM Buka Kertas Inkuiri Terhadap Ahli Parlimen DAP Isu Campuri Urusan Islam

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, terdapat 16 laporan polis yang telah dibuat ke atas Ahli Parlimen Beruas itu di Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kertas Inkuiri Polis (KEP) berkaitan kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, yang membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah dibuka.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, di bawah klasifikasi KEP, laporan yang dibuat diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana ia pertama kali dibuat di sana.

Dia juga memaklumkan terdapat sejumlah 16 laporan polis terhadap pemimpin parti DAP itu dibuat di Perak.

“Kita sudah terima 16 laporan, siasatan telah bermula dan dijalankan di bawah KEP,” kata Mohd Yusri pada Sinar Harian.

PDRM Siasat 2 Individu Campur Tangan Isu MKI

Sebelum ini, pihak PDRM Bukit Aman telah membuat kenyataan menyiasat dua individu kerana mengeluarkan kenyataan sensitif dan campur tangan dalam isu membabitkan MKI.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain, berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 Dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Semalam (11 Januari 2023), rumah dan tiga kenderaan milik Koo Ham telah terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat.

Baca Artikel Berkaitan: Rumah & Tiga Kenderaan Ahli Parlimen Beruas Terbakar, Disyaki Dibaling ‘Molotov Cocktail’

Sehubungan dengan itu, dia mempercayai insiden tersebut dilakukan oleh seseorang yang tidak bersetuju dengan cadangannya berkenaan isu MKI sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Ngeh Koo Ham Yakin Cadangan Penglibatan Pakar Perlembagaan Bukan Islam Jadi Punca Rumah & Kereta Dibakar

“Perbuatan Khianat Andaian Semata-Mata” – Saifuddin

Walau bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata insiden kebakaran akibat perbuatan khianat hanyalah andaian semata-mata.

Menurutnya, siasatan menyeluruh akan dilakukan oleh pihak polis bagi mengenal pasti elemen berkaitan insiden tersebut termasuk motif dan identiti suspek.

Dia mengingatkan masyarakat supaya bertenang dan meletakkan keyakinan kepada pihak berkuasa. Tambahnya, keselamatan rakyat dan ketenteraman awam merupakan keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta PDRM.

“Koo Ham adalah mangsa, dan dari segi siasatan polis, kita kata tugas polis untuk kenal pasti motif, mengesan suspek, mencari punca… dan siasatan sudah pun bermula,” maklum Saifuddin kepada Berita Awani.

Koo Ham Saran Lantik Pakar Bukan Islam

Koo Ham sebelum ini telah memberi saranan supaya kerajaan melantik pakar bukan beragama Islam menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.

Susulan cadangan tersebut, Koo Ham teruk dikecam hebat pemimpin-pemimpin Islam dalam negara.

Malah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mengingatkan rakyat terutamanya individu bukan beragama Islam supaya tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam.

Ahli Parlimen itu kemudiannya tampil memohon maaf kerana memberi cadangan tersebut tanpa usul periksa terlebih dahulu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.