fbpx
Now Reading
Warga Emas Ditahan Gara-Gara Ugut Bunuh Dr Akmal Kerana Lantang Isu Stoking Kalimah Allah

Warga Emas Ditahan Gara-Gara Ugut Bunuh Dr Akmal Kerana Lantang Isu Stoking Kalimah Allah

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher memaklumkan bahawa pemilik bengkel berkenaan berasa tidak puas hati dengan Dr Akmal berhubung isu KK Mart sebelum mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui isu stoking tertera kalimah Allah SWT yang dijual kedai serbaneka KK Mart di cawangan Bandar Sunway telah menjadi perhatian ramai.

Malah perkara ini juga turut menjadi perhatian pihak kerajaan dan juga ahli parti politik seperti Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang lantang bersuara mengenai isu terbabit.

Disebabkan kelantangan beliau berhubung isu stoking tertera kalimah Allah itu, Dr Akmal turut mendapat ugutan bunuh dan bertindak membuat laporan polis.

Lelaki warga emas kena tahan kerana ugut bunuh Ketua Pemuda UMNO

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan seorang lelaki yang juga warga emas telah dicekup selepas dipercayai terlibat dengan kes ugut bunuh yang diterima Dr Akmal.

Warga emas yang berusia 68 tahun itu merupakan pemilik bengkel kereta di Bukit Duyong. Lelaki berkenaan telah ditahan kerana dipercayai menghina dan mengugut mahu menembak Ketua Pemuda UMNO disebabkan kelantangannya bersuara tentang isu stoking terbabit.

Pemilik bengkel tak puas hati dengan Dr Akmal berhubung isu stoking dan keluarkan kata-kata ugut

Jelas Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit pihaknya telah menerima berhubung perkara itu dari seorang pesara kerajaan yang berumur 62 tahun pada jam 10.21 pagi, semalam (26 Mac).

“Pada 20 Mac lalu kira-kira jam 3 petang ketika pengadu berada di sebuah bengkel kereta Bukit Duyong, pemilik bengkel itu dikatakan tidak berpuas hati dengan Dr Muhamad Akmal dalam isu KK Mart dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

“Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki terbabit namun akibat tidak berpuas hati dengan kata ugutan itu, pengadu membuat laporan di Balai Polis Kandang kerana bimbang keselamatan Dr Akmal,” ujarnya.

Warga emas telah dibebaskan atas faktor kesihatan

Menurutnya warga emas itu kemudiaannya ditahan sekitar jam 4 petang hari sama di kawasan Kandang.

“Pegawai Penyiasat sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes yang disiasat.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.”

Individu itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana faktor kesihatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.