fbpx
Now Reading
Cara Mudah Elak Kipas Cepat Berhabuk, Guna 2 Bahan Je!

Cara Mudah Elak Kipas Cepat Berhabuk, Guna 2 Bahan Je!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan rumah adalah sangat penting untuk memastikan kita sentiasa rasa selesa berada di kediaman sendiri. Bak kata orang, rumahku syurgaku.

Habuk di sekitar kawasan rumah memang tidak sangkal lagi kerap kali muncul walaupun dah selalu dibersihkan. Perkara ini memang normal tapi penat jugalah kan kalau asyik kena pastikan rumah sentiasa bersih daripada habuk.

Satu daripada masalah yang selalu muncul di rumah adalah habuk yang melekat pada kipas. Walaupun dah cuci sehabis baik, tetap habuk ni sekejap je akan muncul balik. Kalau dibiarkan lama nanti habuk jadi tebal pula, kipas pun tak dapat berfungsi dengan baik.

Tapi jangan risau, ada satu tips yang sangat mudah untuk elakkan kipas cepat berhabuk. Cuma guna dua bahan je!

Caranya:

#1 Buang dan bersihkan semua habuk pada bilah kipas dan jaring seperti biasa.

#2 Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air ke dalam bekas kosong. Nisbah campuran adalah 1:1:1 untuk setiap bahan.

#3 Kacau sebati semua bahan, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih untuk memudahkan proses semburan.

#4 Semburkan campuran bahan tadi ke permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.

#5 Biarkan cecair pada permukaan tadi sehingga 5 minit sebelum lap dengan kain yang lembap.

#6 Kemudian keringkan kipas yang telah dilap tadi sebelum gunakannya seperti biasa.

Ulangi langkah-langkah yang sama setiap dua atau tiga bulan sekali.

Lepas ini dah tak adalah masalah kipas senang berhabuk dan terpaksa cuci selalu kan? Bolehlah cuba cara ini, semoga berjaya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.