fbpx

Ini 4 Cara Mudah & Murah Untuk Hilangkan Bau Busuk Di Dalam Kereta Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai dari anda pasti pernah berdepan dengan masalah kereta yang berbau busuk.

Tidak kisahlah sama ada ianya disebabkan bau hapak kasut, atau makanan/minuman yang tertumpah atau mungkin disebabkan bau barang basah seperti ayam dan ikan yang baru dibeli dari pasar, kesemua bau-bauan ini sangatlah tidak menyenangkan bukan?

Lebih menyakitkan hati jika anda sudah mencuci kereta namun bauan tersebut masih lagi melekat justeru cara yang biasa dilakukan pastinya dengan menggunakan semburan wangian kenderaan.

Namun tahukah anda, sebalik menggunakan semburan wangian, masih ada kaedah yang mudah dan murah dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi di bawah kami kongsikan 4 tips untuk anda menghilangkan bau-bauan didalam kenderaan anda :

#1 Arang

Ambil dan letakkan beberapa ketul arang di atas lantai kereta anda atau bungkus ketulan arang tersebut menggunakan tisu dan letakkan semalaman di kawasan yang berbau.

#2 Roti

Jangan terkejut, roti juga boleh digunakan untuk menghilang bau. Caranya mudah sahaja, letakkan beberapa keping roti putih dengan beralaskan tisu atau plastik di tempat yang sesuai antaranya permukaan dashboard, ruang menyimpan botol minuman atau di atas kerusi kenderaan dan biarkan ianya selama dua hari.

Selepas 2 hari anda boleh la membuang roti tersebut, bau juga pasti akan hilang.

#3 Daun Pandan

Pandan juga astu lagi bahan masakan yang mempunyai bau yang wangi. Justeru ia juga mampu menghilangkan masalah bau didalam kenderaaan anda.

Caranya mudah sahaja, ikatkan tiga atau empat helai daun pandan dan letakkan di bawah tempat duduk atau ruang yang terdapat di setiap pintu kenderaan.

Aroma daunnya yang wangi pasti dapat membantu mengatasi masalah bau khususnya bau hapak kasut.

#4 Kopi


Mungkin tak ramai yang tahu, tapi aroma kopi yang kuat dan wangi mampu menyerap segala bau yang berada di persekitarannya.

Untuk menggunakan kopi caranya ialah dengan meletakkan tiga sudu teh serbuk kopi asli di dalam plastik kecil tanpa perlu mengikatnya.

Letakkan di mana-mana ruang di dalam kenderaan. Selepas dua atau tiga hari bau busuk itu akan hilang.

Foto header kredit : Onsite detail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.