
Nak Besarkan Branding Anda? Ini 7 Tips Yang Boleh Anda Contohi Dari Jenama-Jenama Besar
Buntu tak tahu macam mana nak bina jenama perniagaan anda? Guna 7 cara yang digunakan oleh jenama besar dalam perniagaan anda!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menceburi bidang perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, malah anda perlu sentiasa berhati-hati dalam mencorak langkah dan strategi untuk mencapai matlamat perniagaan anda.
Perkara yang paling penting adalah membina jenama anda untuk dikenali. Benar ia adalah satu perkara yang tidak mudah tetapi ia juga tidak mustahil. Semua ini memerlukan masa dan juga usaha demi mencapainya.
7 tips bina penjenamaan dalam perniagaan yang digunakan oleh jenama terkenal
Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter iaitu Richard Ker yang memberi 7 tips penjenamaan yang boleh anda contohi daripada jenama-jenama besar seperti Apple, Nike, Google dan juga Amazon.
Apa 7 tips itu? Pasti para usahawan semua dah tak sabar nak tahukan, haa jom kami kongsikan pada anda.
1. Learn how to tell your story
— Richard Ker (@richardker) July 7, 2022
Entrepreneurs, products & companies have their stories.
Stories activate emotions & communicate values.
It’s the way your brand presents itself to the world & the way the public perceives you.
#1 Belajar bagaimana cara untuk menceritakan kisah anda

Setiap usahawan, produk dan juga syarikat mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Oleh itu, anda boleh berkongsi bagaimana anda memulakan perniagaan anda, cabaran yang dihadapi dan banyak lagi.
Malah penceritaan boleh membina emosi dan membangkitkan nilai komunikasi. Secara tidak langsung mereka mula mahu mengetahui lebih lagi tentang anda!
Ia adalah cara bagaimana jenama anda menonjolkan dirinya kepada dunia dan cara orang melihat anda.
#2 Bina Konten

Jenama yang besar akan sentiasa menghasilkan konten, terutama di dalam dunia digital sekarang ia adalah sangat penting.
Ia membuatkan kewujudan anda di platform atas talian dan media sosial disedari dan diketahui. Dalam membina konten anda sebenarnya tidak perlu untuk hanya fokus kepada produk sahaja.
Cuba untuk menjadi kreatif dengan mempelbagaikan lagi konten anda untuk menarik perhatian orang ramai.
Kerana konten digital akan membuatkan konten anda untuk berada di dalam media sosial pada setiap masa.
#3 Sentiasa melakukan eksperimen

Dalam dunia pemasaran tidak semua orang berjaya dengan satu cara dalam membina jenama yang bagus, tetapi jika anda memahami asasnya ia pasti akan membantu.
Lebih baik lagi, jika anda melakukan eksperimen itu dengan seseorang yang pakar dan mempunyai pengalaman dalam membina jenama di atas talian.
Paling penting jangan takut untuk mencuba dan lakukan kesilapan kerana melalui itu anda akan belajar lebih banyak lagi dalam perniagaan anda.
Eksperimen > penilaian> penambahbaikan > dan lakukan eksperimen lagi.
3. Constantly experimenting
— Richard Ker (@richardker) July 7, 2022
There's no one size fits all when it comes to building a great brand.
But understanding the fundamentals could help.
Work with professionals who have the experience in building brands online.
Experiment > Analyse > Improve > Experiment again.
#4 Sebarkan konten anda di seluruh platform

Konten yang anda lakukan mungkin hanya mempunyai penilaian yang bagus hanya pada satu paltform sahaja tetapi tidak pada saluran yang lain.
Sebagai contoh, konten yang anda muat naik di Instagram kebiasaanya mendapat perhatian yang lebih berbanding di Twitter mahupun Facebook.
Tetapi anda tidak boleh hanya bertindak untuk memuat naiknya di Instagram sahaja kerana lebih dikenali di situ.
Anda tetap perlu meletakkan di platform yang lain. Apa yang lebih penting adalah untuk menyebarkan konten anda sebanyak yang boleh dan lihat keberkesanannya dalam membina jenama anda.
#5 Bina nilai untuk penonton atau pelanggan anda

Dalam membina konten anda hendaklah memberi nilai kepada kandungan yang dikongsikan tanpa menjangkakan untuk mendapat pulangan.
Malah ia mungkin akan mengembangkan lagi penonton dan adakalanya membina peminat yang setia.
5. Create value for your audience
— Richard Ker (@richardker) July 7, 2022
Give value to your audience without expecting anything in return.
This allows you to grow your audience even more.
Sometimes it creates loyal fans.
#6 Bina komuniti yang kuat

Komuniti yang dibina adalah di antara mereka yang percaya dengan apa yang anda lakukan.
Mereka mahu menjadi sebahagian dari komuniti anda kerana tahu sebab kenapa anda lakukan perniagaan anda.
#7 Fokus kepada pelanggan anda

Penjenamaan yang kuat boleh dibina apabila anda fokus kepada pelanggan anda. Anda perlu menjaga pelanggan anda kerana mereka juga adalah antara orang yang terbaik untuk melakukan pemasaran anda.
Bagaimana mereka memasarkan anda? Melalui produk anda, konten yang anda ceritakan pasti itu akan menjadi bualan mereka.
Dari situ secara tidak langsung anda telah mendapat pemasaran secara percuma.
7. Focus on your customers
— Richard Ker (@richardker) July 7, 2022
Strong brands can be created when you focus on your customers.
They are your best marketers.
Always take their feedback positively to improve.
Adakalanya menjadi seorang usahawan membuatkan anda buntu sehingga tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menaikkan jenama anda agar dikenali lebih ramai lagi.
Jangan bimbang, usaha dan kesabaran yang konsisten pasti akan membuahkan hasil. Tips yang dikongsikan ini mungkin secara tidak langsung akan memberikan anda idea untuk melakukan lebih baik lagi.