fbpx
Now Reading
Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Dapatkan ‘Refund’ Dalam Kad Touch ‘n Go
Wanita ini kongsi cara dapatkan semula wang dalam kad Tng

Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Dapatkan ‘Refund’ Dalam Kad Touch ‘n Go

Terdapat beberapa langkah dan syarat yang perlu dilakukan sebelum anda membuat permohonan bagi pemulangan semula wang dari kad TNG.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/anisssurayaaa/status/1552651443391213568?s=20&t=48S3IeqRav1l7n_hY3G13A

Kad Touch n Go (TNG) kini bukan sahaja boleh digunakan untuk membayar tol sahaja, tetapi ia kini digunakan secara meluas.

Sebagai contoh dengan adanya kad TNG anda boleh menggunakan kad tersebut di tempat letak kenderaan, pengangkutan awam, kedai serta banyak lagi.

Kebiasaanya mereka yang mempunyai TNG ini akan menyimpan beberapa jumlah wang di dalam kad tersebut bagi memudahkan penggunaannya.

Namun, pernahkah anda berhadapan dengan situasi seperti kad hilang atau rosak atau expired kerana sudah lama tidak digunakan dan bagaimana dengan wang yang ada dalam kad tersebut?

Haa tahu tak sebenarnya anda boleh dapatkan semula wang yang ada di dalam kad berkenaan?

Cara dapatkan semula wang dalam kad TNG

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, Anisssurayaaa telah berkongsikan beberapa cara untuk anda mendapatkan semula wang yang ada di dalam kad TNG.

Jom kami kongsikan kepada anda beberapa langkah dan syarat yang perlu dilakukan:

#1 Buka laman sesawang Touch n Go

#2 Cari bahagian ‘Customer Service’ & tekan ‘eRefund’


Bagi mereka yang belum pernah membuat pendaftaran kad secara atas talian, anda disarankan untuk membuat pendaftaran di portal MyTouchnGo.

Kemudian barulah anda dapat melihat transaksi, semak e-penyata, membuat kemas kini maklumat untuk mendapatkan semula wang baki di dalam kad TNG.

Syarat-syarat yang perlu dilengkapkan untuk membuat pemulangan wang melalui eRefund:

#1 Pemegang akaun Malaysia

Anda hendaklah memastikan bahawa nama pemilik akaun bank dan ID merupakan individu kepada pemilik kad yang sama.

Ini kerana, pembayaran kepada akaun pihak ketiga adalah tidak boleh dilakukan.

#2 Pemegang akaun asing

Pembayaran semula wang akan dilakukan menerusi pindahan telegraf (TT) dan anda juga perlu memastikan nama pemegang akaun bank, nombor akaun, nama bank, alamat bank serta swift kod adalah sama dengan pemilik kad.

Untuk maklumat anda pemulangan wang hanya akan dilakukan jika ia melebihi RM100.

#3 Touch n Go eWallet


Pastikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan pada portal MyTouchnGo adalah sama dengan akaun eWallet anda.

Pemulangan wang hanya akan dilakukan kepada akaun eWallet yang disahkan sahaja.

Untuk maklumat, proses eRefund ini akan mengambil masa selama 30 hari dari tarikh permohonan eRefund dilakukan.

Foto: Twitter

Manakala bagi kad yang dicuri atau hilang, jumlah pemulangan wang anda adalah berdasarkan jumlah yang direkodkan semasa tarikh permohonan eRefund dilakukan.

Buat pendaftaran bagi mereka yang belum melakukannya

Oleh itu, bagi mereka yang belum membuat pendaftaran secara atas talian, anda disarankan untuk mendaftar dahulu bagi memudahkan proses pemulangan.

Ini kerana ia memudahkan sistem untuk membuat rekod kepada transaksi kad anda untuk membuat pemulangan wang.

Jadi bagi mereka yang mungkin sedang mengalami masalah seperti ini, anda mungkin boleh mengikuti langkah serta syarat yang diberikan.

Kami berharap agar perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan isu ini.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.