Sukar Buang Air Besar? Ini 7 Jenis Makanan Bantu Elak Sembelit
Antara makanan yang baik untuk membantu masalah sembeli adalah pengambilan buah-buahan yang tinggi dengan serat seperti pisang, betik mangga dan sebagainya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pernahkah anda berdepan masalah sukar untuk membuang air besar? Malah masalah ini adakalanya membuatkan anda terpaksa duduk di dalam tandas berjam-jam lamanya.
Sudahlah lama duduk di dalam tandas tetapi niat untuk melepaskan hajat masih lagi tidak kesampaian disebabkan najis sukar dikeluarkan.
Isu ini bukan hanya dihadapi oleh orang dewasa sahaja tau, kanak-kanak atau bayi juga ada berdepan masalah yang sama sehingga adakalanya membuatkan mereka berasa tidak selesa setiap kali ingin membuang.
Masalah ini juga sering kali dipanggil sebagai sembelit iaitu kurang kekerapan untuk membuang air besar dan perkara ini kebiasaanya disebabkan amalan pemakanan yang kurang baik.
Simptom sembelit
Menurut MyHealth, antara simptom atau gejala yang menunjukkan anda sedang mempunyai masalah sembelit adalah:
- Tidak membuang air besar untuk beberapa hari, atau najis menjadi keras serta kering.
- Perut kembung, kejang atau sakit.
- Kurang selera makan.
- Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, bagi kanak-kanak pula muka menjadi kemerahan kerana cuba untuk menahan bagi membuang air besar untuk mengelakkan rasa tidak selesa.
- Untuk kanak-kanak mungkin adakalanya ibu bapa akan mendapati sedikit cecair atau calitan najis pada seluar dalam kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor seperti kurangnya mengambil makanan berserat, kurang aktiviti fizikal bagi individu yang sudah berumur, ubat, susu, kekurangan air serta banyak lagi.
Oleh itu, pada artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda tujuh jenis makanan yang boleh membantu dalam mengatasi masalah sembelit ini seperti yang dikongsikan oleh pengamal perubatan iaitu Dr Ahmad Samhan.
Menurut Dr Samhan masalah sembelit ini juga sering dikaitkan dengan risiko untuk penyakit buasir disebabkan sesorang itu cenderung untuk meneran pada kadar kuat atau memaksa hingga memberikan tekanan pada bahagian rektum agar najis dapat dikeluarkan.
Masalah sembelit ini sering kali dikaitkan dengan risiko buasir kerana individu cenderung meneran dengan lebih kuat ketika membuang air besar lantas membawa kepada tekanan di kawasan tersebut.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) June 17, 2023
Tanpa membuang waktu jom kami senaraikan:
#1 Air kosong atau cecair lain
Seperti yang diketahui ramai, air kosong merupakan antara cecair yang sangat penting kepada badan. Kekurangan air dalam badan atau dehidrasi boleh menjadi faktor utama kepada masalah sembelit.
Cecair lain seperti jus, soda atau sebagainya juga turut dapat membantu anda daripada menhindari daripada masalah dehidrasi.
#2 Pengambilan buah-buahan
Selain air yang cukup di dalam badan anda juga boleh mengambil buah-buahan yang tinggi dengan serat.
Antara buah-buahan yang boleh diambil adalah:
- Pisang
- Betik
- Mangga
- Tembikai
- Anggur
- Avokado
- Epal
- Pear
- Prun
- Kiwi
Selain tinggi dengan serat buah-buahan ini juga kaya dengan vitamin dan juga mineral yang tersendiri.
#3 Sayur-sayuran dan bijian
Selain daripada buah-buahan anda juga boleh mengambil sayur-sayuran.
Yelah tidak semua sukakan buah-buahan bukan? jadi sebagai alternatif lain pengambilan sayur-sayuran dan bijirin boleh membantu.
Sebagai contoh brokoli dan bayam, biji selasih atau chia seed adalah antaran sumber makanan yang baik untuk membantu masalah pembuangan najis.
#4 Bijirin daripada gandum
Bijirin antara sumber karbohidrat yang kaya dengan serat dan menjadi salah satu makanan yang baik dan berkesan dalam membantu masalah sembelit.
Contohnya antara bijirin yang sihat adalah oat dan secawan oat sekitar 30 gram mengandungi lebih kurang 4.8 gram serat yang boleh membantu melancarakan serta melegakan sebarang masalah di dalam usus.
#5 Kekacang
Kacang juga antara sumber makanan yang tinggi dengan serat yang juga sesuai bagi individu yang mempunyai sembelit.
Malah terdapat dua jenis serat yang ada pada kacang iaitu serat larut dan tidak larut yang mempunyai cara berbeza dalam mengatasi masalah sukar buang air besar tersebut.
Serat larut dapat membantu untuk melembutkan najis yang secara tidak langsung memudahkan untuk ia dibuang. Bagi serat tidak larut pula akan membantu untuk melancarkan proses pencernaan dan penghadaman.
#6 Produk tenusu untuk sembelit
Produk tenusu merupakan makanan yang mempunyai serat yang tinggi selain boleh membantu untuk melancarkan perjalanan najis di dalam usus.
Malah dengan mengambil produk tenusu juga ia dapat mengawal masalah sembelit dari terus berlaku kepada seseorang individu.
Namun sekiranya anda merasakan ia kurang sesuai buat anda, cuba berhenti daripada mengamalkannya. Ini kerana tidak semua makanan berfungsi sama kepada setiap badan.
#7 Makanan yang telah difermentasi
Fermentasi merupakan satu proses semulajadi yang berlaku semasa mikroorganisme atau penapaian sebagai contoh tempe, tapai, kimchi, yogurt, dan sebagainya.
Bakteria yang dihasilkan dalam proses penapaian merupakan bakteria yang baik dan bagus untuk organ dalaman seperti perut.
Oleh itu, anda juga boleh mengamalkan makanan difermentasi sebagai salah satu makanan untuk mengelakkan daripada masalah sembelit terus berlaku.
Selain daripada makanan anda juga boleh mengamalkan senaman seperti berjalan, berenang, berbasikal atau apa-apa jenis senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Apa yang penting cuba elak atau hadkan pengambilan minuman berkafein dan juga alkohal.
Sekiranya masalah sembelit anda masih berlarutan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, segeralah untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan selanjutnya.