fbpx
Now Reading
Kemalangan Pertama Proton X70. Apa sudah Jadi?

Kemalangan Pertama Proton X70. Apa sudah Jadi?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 

SUV Proton, X70 semua baharu dilengkapi dengan peralatan keselamatan standard yang baik untuk semua varian yang terdiri daripada 6 beg udara SRS, tempat duduk belakang ISOFIX dengan penambat utama, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Auto Brake Hold, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Hold Assist (HHA), Hill Descent Control (HDC) dan Emergency Stop Signal (ESS).

Walau bagaimanapun, anda perlu berfikiran waras di belakang stereng SUV Proton baru ini atau pun mana-mana kenderaan sekali pun apabila di jalan raya untuk mengelakkan keadaan seperti ini.

Apa sudah jadi?

Ini maklum balas daripada bahagian khidmatan pelanggan mereka:

“Setelah berhubung dengan pelanggan yang terlibat, ini maklumat yang kita tahu setakat ini. Kereta itu dipandu oleh isteri pelanggan, di mana beliau cuba mengelak kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan dan terus termasuk ke dalam longkang. Isterinya masih tidak sedar diri dan anaknya patah tangan. Peniaga kami yang terlibat sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melawat mereka. Kami sedang mengatur agar kereta itu ditarik balik ke pusat khidmat kami. ”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.