Now Reading
Menang PRK, Ahmad Maslan masak untuk keluarga

Menang PRK, Ahmad Maslan masak untuk keluarga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sudah menang hatipun senang. Mungkin itu ungkapan paling sesuai buat Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang kelihatan gembira hari ini.

Sempena kemenangan calon Barisan Nasional Ramli Mohd. Nor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam, beliau memasak sendiri untuk keluarga hari ini.

Ahmad yang terkenal dengan hobi memasak, hari ini menggunakan kepakarannya memasak empat jenis hidangan kepada keluarga selepas beberapa hari meninggalkan mereka untuk berkempen di PRK Cameron Highlands.

Menu yang beliau masak adalah sambal telur warna strawberry, bilis goreng bawang kampung Orang Asli, kobis masak lemak Felda Sungi Koyan dan nasi putih awan Cameron.

“Saya masak sendiri. Sempena menang PRK Cameron Highlands, makan dengan keluarga setelah beberapa hari ditinggalkan untuk kempen. Saja-saja je nama tu,” kata Ahmad.

Dalam PRK Cameron Highlands semalam, calon BN Ramli Mohd. Nor yang mendapat 12,038 undi mengalahkan tiga pencabar termasuk calon Pakatan Harapan M. Manogaran yang memperoleh 8,800 undi.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.