fbpx
Now Reading
Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tak Berhijab Berkaraoke Tular… Biar Betul?

Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tak Berhijab Berkaraoke Tular… Biar Betul?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepotong rakaman video berdurasi kurang daripada seminit yang memaparkan aksi seorang pelakon wanita mirip Fathia Latiff tular di media sosial.

Menerusi Instagram @makcik_puaka, video itu dipercayai telah dirakamkan di sebuah kafe di Shah Alam.

“Malam tadi @sisturz_stalker share igstory cafe di Shah Alam ni, tak cam sapa so admin pon tak ambik tau la, lepas tu makcik dpt sekali lg dr follower lain. Admin pun tengok, 2-3 kali makcik ulang, ni Fathiya Latif ke?” tulis pengendali akaun itu.

 

Dalam video terbabit, wanita itu diundang untuk menyanyi bersama-sama seorang lelaki di hadapan khalayak ramai.

Wanita yang berbaju ‘hoodie’ hitam dan berpotongan rambut pendek itu menerima pelawaan lelaki terbabit untuk menyanyi bersama-sama.

Kemudian, wanita itu segera beredar selepas menyanyikan sebaris lagu bersama lelaki itu.

Menerusi tinjauan Gempak, Fathia ada memuat naik beberapa rakaman video daripada sudut pandangannya di lokasi sama seperti dalam video yang telah tersebar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.