fbpx
Now Reading
MAS Sertai Penerbangan Lain Larang Sebahagian Macbook Pro Di Bagasi Penerbangan

MAS Sertai Penerbangan Lain Larang Sebahagian Macbook Pro Di Bagasi Penerbangan

Malaysia Airlines (MAS) hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung larangan membawa beberapa model laptop Apple jenis Macbook Pro atas faktor keselamatan.

Larangan yang telah pun berkuat kuasa di semua penerbangan di Amerika Syarikat , Kesatuan Eropah dan beberapa negara lain selari dengan larangan yang dikeluarkan oleh FIA pada Ogos lalu ini , spesifik hanya pada Model 15-inci keluaran September 2015 sehingga  Februari 2017 gara-gara masalah pada bateri nya yang cepat panas dan dikhuatiri boleh meletup.

Namun larangan MAS tidak seketat beberapa penerbangan lain di luar yang mengharamkan terus laptop ini ada didalam penerbangan, kerana pemilik Macbook Pro jenis ini yang menaiki MAS masih boleh membawa laptop mereka secaranya hand carry dengan beberapa syarat :

  1. Sentiasa didalam keadaan off (bukan sleep)
  2. Tidak digunakan semasa menaiki pesawat
  3. Tidak di cas semasa didalam penerbangan

Apple sebelum ini pada 15 Jun telah mengumumkan penarikan balik jumlah terhad Model MacbookPro 15-Inci keluaraan Sept 2015 – Februari 2017 untuk Program Penukaran Bateri secara percuma atas faktor keselamatan setelah sebuah model laptop berkenaan dilaporkan meletop dan terbakar semasa sedang  digunakan diikuti beberapa insiden lain .

Saksikan video di bawah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Macbook Pro yang menjadi punca pengharaman laptop berkenaan di sesetengah penerbangan

See Also

Bagi anda yang memiliki sebarang model Macbook Pro 15-ini dan ingin membuat semakan sila ke link di sini

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.