Now Reading
Wow! Peminat Mengulas Bola Bagai Pengulas Profesional

Wow! Peminat Mengulas Bola Bagai Pengulas Profesional

Harimau Malaya terlepas peluang untuk membuat kejutan ke atas UAE apabila tumpas 1-2 pada aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Bukit Jalil .

Meskipun tumpas rata-rata peminat malah pemerhati sukan memuji gaya permainan dan semangat juang pasukan Harimau Malaya yang dilihat tidak berhenti mengasak kubu pasukan yang berada di ranking no 65 dunia itu.

Foto : FAM

Namun di sebalik kemeriahan perlawanan itu, seorang ‘ekor harimau‘ telah menarik perhatian Twitterjaya gara-gara video ulasannya bak seorang komentar profesional yang telah dikongsikan oleh seorang rakannya, Hafiz Syah di platform media sosial terbabit.

Video berkenaan setakat ini telah dimainkan sebanyak 162,000 kali dan telah mendapat 9,000 tanda suka. Wow agak memberansangkan!

Apa kata korang tengok sendiri klip video terbabit di bawah :

Wow! Cayalah! Macam pengulas profesional!

Suara tersebut sebenarnya adalah milik Khalil Jamian, seorang dari jutaan peminat pasukan Harimau Malaya. Suaranya yang kedengaran bersahaja dalam memberikan ulasan, membuatkan suasana perlawanan kelihatan menarik umpama menonton di TV!

Tak perlu tunjuk muka pun kan? Dah cukup buat orang bersemangat nak tengok game! Di campur dengan tona suara yang memang mempunyai aura dan ciri-ciri seorang pengulas sukan.

Rata-rata netizen terhibur gelagat Khalil sewaktu mengulas perlawanan terbabit. Antara bait yang paling mencuit hati sewaktu memberi ulasan adalah : “Oh Terkeluar..Macam mana saya nak buat ulasan bola sepak kalau asyik bola keluar ”

Sekarang bayangkan kalau Khalil di beri peluang menjadi komentar rasmi di TV? Hahaha

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.