fbpx

Keris Melayu Hadiah Buat Presiden US Yang Kini Disimpan Di Muzium JFK

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila bercerita tentang budaya melayu, antara benda terpenting yang selalu dikaitkan dengan kita, tidak lain dan tidak bukan ada lah keris, senjata turun temurun yang telah digunakan masyarakat melayu dari zaman dahulu.

Berbanding Terakol dan Istinggar, keris lebih dikenali dan diketahui masyarakat melayu moden. Selain itu keris juga adalah lambang kemegahan, maruah, kedaulatan, kehormatan, kekuasaan dan harga diri.

Antara semua keris, yang paling popular pastilah keris yang pernah dimiliki Hang Tuah, iaitu Keris Taming Sari.

Namun tahukah anda ?

Keris juga mencerminkan nilai solidariti kerana ia boleh digunakan merentasi pelbagai budaya sehingga digunakan sebagai hadiah dan cenderamata rasmi.

Antara keris yang pernah dihadiahkan oleh kerajaan kita kepada pemerintah luar ialah keris ini:

Keris ini, dihadiahkan oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Persekutuan Tanah Melayu kepada Presiden US ke 35, John F. Kennedy sebagai cenderamata sewaktu kunjungan beliau ke Rumah Putih pada tahun 1961.

Turut berada di sana ialah Duta Persekutuan Tanah Melayu ke Amerika Syarikat, Omar Ong Yoke Lin

Seorang pengguna Facebook, yang menggunakan nama Repair Gambar Lama turut menceritakan benda yang sama , apa kata ikuti perkongsiannya di bawah:

Pada 24 April 1963, Presiden John F. Kennedy menerima kunjungan daripada Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pertahanan Malaya, Tun Abdul Razak Hussein. Perjumpaan ini di adakan di ‘Oval Office’, White House, Washington D.C Amerika Syarikat.

Keris dijadikan cenderamata rasmi sebagai simbol harapan besar Malaya yang mahukan sokongan Amerika Syarikat dalam Pembentukan Persekutuan Malaysia serta Dasar Konfrontasi Indonesia -Malaysia.

Keris ini merupakan Keris ke-2 ditempatkan di John F. Kennedy Presidential Library & Museum di Boston, Massachusetts. Keris pertama diterima daripada Presiden Indonesia, Soekarno atas kunjungan beliau pada tahun 1961.

Lawatan Tun Abdul Razak merupakan antara pemimpin dunia yang terakhir bertemu John F. Kennedy kerana 6 bulan selepas kunjungan ini, Presiden John F. Kennedy ditembak mati di Dallas, Texas.

Selepas kematian JFK, Presiden Johnson yang menggantikannya telah mengutuskan Peguam Negara Robert F. Kennedy untuk berunding dengan Presiden Soekarno di Tokyo & Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada tahun 1964 berkenaan isu Konfrontasi ini.

Perkara sama juga pernah dikongsikan Kedutaan Besar AS di Malaysia menerusi satu posting yang dimuat naik mereka pada tahun 2017 bersempena dengan ulangtahun kelahiran ke 100 JFK.

Meskipun ada percanggahan tarikh sebenar mengenai pertemuan tersebut, apa yang pasti keris 13 lok ini masih lagi tersimpan rapi di sana.

Malah disebabkan pertemuan ini juga, Presiden US yang ke 35 (selepas kematian JFK) iaitu Presiden Lyndon Baines Johnson telah melawat Malaysia pada 30 Oktober 1966.


Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama mana-mana Presiden US ke Malaysia.

Sebagai rekod, Barrack Obama pula merupakan Presisden AS kedua yang pernah datang ke negara kita iaitu pada tahun 2014.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.