Now Reading
“Nanti Boleh Lepak Minum Sama”- Azfarovski dan Shazwan Akhirnya Berbaik Selepas Isu Buli Siber

“Nanti Boleh Lepak Minum Sama”- Azfarovski dan Shazwan Akhirnya Berbaik Selepas Isu Buli Siber

Media sosial utama sebelum ini kecoh berhubung isu siber buli dan kisah yang melanda dua influencer Twitter iaitu Azfar Firdaus dan Shazwan Zafran an Azfar Firdaus

Kisah mereka kemudian semakin hangat diperkatakan dan turut menarik perhatian portal-portal utama apabila Azfa sendiri menegur Shazwan yang kebetulan turut hadir dalam satu rancangan bual bicara mengenai siber buli.

Baca artikel berkaitan : Zulin Aziz Awkward Studio Tegang Isu Body Shaming

Terbaru persengketaan mereka dilihat sudah  ditamatkan selepas kedua mereka dilihat berdamai di Twitter

Semuanya bermula apabila Shazwan yang tampil memohon maaf secara terbuka kepada di Twitternya.

“Saya telah meluangkan masa untuk baca semula posting lama di Twitter. Saya akui telah melukakan ramai orang. Saya mintak maaf banyak-banyak.
 
“Sekarang saya faham kenap Azfarovski bertindak sebegitu(di MHI) Jika bukan kerana dia mungkin saya masih tidak berjaga-jaga dan merendahkan fizikal dan mental orang lain” kata Shazwan

Dilihat menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka, Azfar membalas tweet yang dimuat naik Shazwan.

“Aww. This is sweet.
 
“Terima kasih kerana memohon maaf. Kita boleh menjadi orang yang lebih baik dan belajar dari kesilapan. Saya harap awak juga boleh beri motivasi kepada orang ramai ke gimnasium.
 
“Nanti boleh lepak minum kopi sama. It’s on me,” katanya lagi.

Rata-rata pengguna twitter menyambuk baik pendamaiam mereka , ada juga yang turut berharap isu buli siber dan body shaming dapat dihentikan terutamanya di dunia maya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.