Now Reading
Emelda Rosemila & Adlin Menunaikan Umrah

Emelda Rosemila & Adlin Menunaikan Umrah

https://www.instagram.com/p/B5tmiBCnGaZ/

Kebelakangan ini kerap kedengaran selebriti tempatan kita berangkat menunaikan umrah, diantara Aaron Aziz, Haqiem Rusly, Eina Azman, Zynakal , dan terbaru Emelda Rosmila bersama suami, pelakon Adlin Aman Ramlie.

Baca artikel berkaitan : Eina Azman menunaikan umrah bersama keluarga

Berita ini dikongsikan kakaknya, Datin Emylia Rosnaida di akaun Instagram miliknya mengenai keberangkatan Emelda dan Adlin, pagi ini.

Mereka difahamkan ke Tanah suci bersama anak-anak beserta ibu mereka.

“Selamat Menunaikan Ibadah Umrah mama¬†@rokiahibra @emeldarosemila @adlinamanramlie @edrarafaeladlin. Kami doakan selamat pegi dan pulang” tulisnya sebagai kapsyen.

Ibu Emelda, Rokiah Ibrahim turut menyertai mereka menunaikan umrah. Foto : IG Emylia

Dijengah ke ruangan komen rata-rata pengikut mendoakan agar urusan Adin Aman Ramlie dan Emelda Rosemila sekeluarga di permudahkan

Semoga mendapat umrah yang mabrur dan segalanya dipermudahkan disana buat Adlin dan Emelda sekeluarga,

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.