fbpx

Abam Bocey Telah Tiada, Tapi Lawak Jenakanya Tetap Kekal Diingati; Antara 4 Lawak Bocey Yang Terbaik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian pelakon dan pelawak Allahyarham Abam dari kumpulan Bocey pagi Isnin, 10 Februari 2020 benar-benar mengejutkan ramai pihak . Difahamkan arwah yang demam panas dari dua hari lalu tidak memberikan sebarang tindak balas sewaktu dikejutkan isterinya, Hidayah Mohd Ali untuk solat subuh.

Suasana pilu serta hiba turut mengiringi pengebumian jenazah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak .

Sebelum itu dianggarkan ribuan tetamu hadir untuk solat jenazah sebelum semua bergerak ke tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang selesai disemadikan kira-kira pukul 7.30 malam.

Kehilangan itu benar-benar dirasai semua pihak baik dari kalangan keluarga, rakan selebriti, para pendakwah, pihak media, peminat,juga ahli politik.

Tiada lagi Abam yang menceriakan..

Namun satu yang pasti, semua usaha dan idea Abam yang merupakan Pemenang Anugerah ‘Pelakon Komedi Popular ABPBH 2014 dan 2015 ‘ dalam menghiburkan orang ramai akan tetap segar diingati oleh semua.

Sebagai tanda tribute, di bawah kami kongsikan beberapa video lawak Abam bersama 2 lagi sahabatnya Fad dan Achey dari kumpulan Bocey yang pernah menghiburkan semua peminat :

#1 Bocey di Maharaja Lawak Mega Final 2016 ( Lawak Lampu)

#2 2+2=4 Bocey di Maharajalawak Mega 2017

#3 Bini Bergetah; Bocey di Maharaja Lawak Mega 2013

#4 Menonton Wayang, Bocey di Maharaja Lawak Mega

Alfatihah untuk Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan aka Abam, terima kasih kerana pernah menghiburkan kami..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.